Sekarang aku lihat waktu persekolahan dilanjutkan ada hingga jam 3 petang. Kononnya aktiviti kokurikulum. Di tambah dengan pelbagai yuran sekolah, pembelian buku latihan tambahan, uniform sukan dan pelbagai lagi. Semuanya sungguh tak masuk akal.
Isu pelajar sekolah rendah membawa beg berat masih belum selesai. Apatah lagi kes pembinaan makmal dan sekolah yang terbengkalai.
Patutlah generasi pelajar sekolah sekarang membenci sekolah. Kalau aku didalam keadaan mereka, akupun turut sama bencikan sekolah. Apa gunanya pergi sekolah kalau ianya hanya menyusahkan. Pada aku, semua buku latihan tambahan tak perlu.
Cukuplah dengan tumpuan diberikan didalam kelas dan juga tunjuk ajar guru yang berdedikasi. Apatah lagi dengan bayaran yuran yang pelbagai, waktu persekolahan yang padat. Semuanya hanya mengarut!
Jom Layan Filem Adnan SempIT
If You Read This Blog, You Are The Resistance
No comments:
Post a Comment