"Lelaki dan kebersihan wajah? Bagi saya ia rutin yang melecehkan. Bukan satu tetapi lebih daripada tiga item wajib digunakan. Rasanya menggunakan sabun biasa sudah memadai.
"Lagipun sejak remaja saya hanya menggunakan sabun dan air. Tidak lebih daripada itu. Namun malangnya sikap tidak menitikberatkan soal kebersihan wajah telah menyebabkan kulit bermasalah dan sensitif," luah Diddy yang pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF) musim keempat.
Dalam nada kesal, anak kelahiran Kuala Lumpur itu menyifatkan golongan lelaki tidak perlu malu mengamalkan rejim pembersihan wajah. Jika golongan wanita boleh memiliki kulit wajah yang bersih dan menawan, kenapa tidak lelaki?
Memandangkan sebelum ini Diddy langsung tidak mengendahkan kesihatan kulit wajahnya tetapi segala-galanya berubah sejak tiga tahun lepas. Masalah jerawat halus dan kulit berminyak yang dialami telah menyuntik semangat baru untuk 'mencantikkan' diri.
Tanpa rasa malu, jejaka setinggi 181 sentimeter itu mengunjungi kaunter kecantikan bagi memiliki produk yang sesuaian dengan jenis kulit wajah. Soal harga diketepikan asalkan dapat memiliki set wajah yang dilengkapi pembersih, penyegar, krim pelembap dan skrab.
"Saya mengikut nasihat perunding kecantikan supaya melakukan rejim penjagaan wajah secara sistematik. Siang dan malam, wajah tidak lekang diaplikasikan krim. Saban minggu saya begitu teruja untuk melihat hasil yang positif.
"Malangnya, lain pula masalah yang timbul. Saya mengalami masalah pengelupasan yang melampau dan jerawat semakin bertambah. Bingung dibuatnya khususnya memikirkan bagaimana caranya hendak berdepan dengan audiens sedangkan wajah ada cela," ujar Diddy kepada Stailo.
Namun Diddy tidak berputus asa. Dia terus berusaha mencari produk yang terbaik, sehinggalah jenama Clinique menjadi pilihan. Persekitaran kaunter Clinique memberikan perkhidmatan secara profesional berjaya menambat hari Diddy.
Tambah Diddy: "Cermin diagnosis ajaib Clinique berjaya meneroka masalah dalaman dan luaran kulit wajah saya. Lebih menarik lagi produk wajah yang disarankan benar-benar bersesuaian dengan masalah dan jenis kulit wajah.
"Hampir tiga tahun menjadi kawan setia Clinique, tekstur kulit wajah kembali lembut dan sentiasa segar. Masalah jerawat dan kulit
No comments:
Post a Comment