Aku tak paham mengapa kadang kadang umat islam ini bodoh dan degil tak menentu. Mereka suka meletakkan adat budaya melebihi atau sama tarafnya dengan hukum agama. Sedangkan perkara itu langsung tidak diwajibkan.
Aku tergelak bila baca rungutan umat islam di Perancis yang tidak dibenarkan memakai purdah. Mengikut undang-undang baru itu, wanita Islam tidak dibenarkan menutup muka mereka apabila berhadapan di tempat-tempat awam.
Bukan aku menyokong tindakan Perancis tetapi orang islam disana kena sedar, mereka adalah golongan minoriti dan juga imigran disana. Jadi kenalah ikut undang undang disana. Kata orang kampung aku, "dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung". Kalau dah kat tempat orang, pandai pandailah bawa diri. Jangan nak tunjuk keras kepala tak tentu pasal.
Seorang Ahli Parlimen Perancis, Andre Gerin berkata pemakaian burqa boleh mewujudkan tafsiran mengenai kewujudan gerakan Islam bawah tanah yang boleh mengugat cara kehidupan rakyat Perancis.
Walaupun jumlah mereka yang memakai purdah adalah terhad dan tidak mencapai ribuan orang berbanding jumlah penduduk Perancis seramai 64 juta, namun di belakang mengikut tafsiran Gerin terdapat 'guru' yang berusaha untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam masyarakat Perancis.
Sebagai contoh kata Gerin, ada doktor di Hospital Ibu dan Kanak-kanak di Lyon memberitahunya bahawa mereka diancam beberapa kali oleh lelaki Islam yang menolak isteri atau anak mereka yang mengandung dirawat oleh doktor lelaki, malah untuk kes-kes kelahiran kecemasan pun berlaku perkara yang sama, biarpun ketika itu tiada doktor wanita.
Kalau aku menjadi pemerintah sesuatu negara, jikalau ada pendatang asing yang cuba membawa budaya hidup yang berlainan dengan penduduk tempatan, akupun akan menentang mereka. Bukan menolak ajaran islam tetapi cara islam ekstrem mereka berlainan dengan islam kita yang sederhana.
Mana mana umat islam diseluruh dunia suka melebihkan adat dari agama. Di Pakistan, kaum lelaki sanggup membunuh perempuan sekiranya perempuan itu melawan dan ingkar arahan lelaki disana. Mereka membunuh diatas sebab menjaga maruah kononnya. Adakah itu yang islam ajarkan kepada penganutnya? Membunuh dan mencederakan kaum wanita semata mata menjaga ego sendiri?
Melarang isteri dan anak perempuan dirawat oleh doktor lelaki, malah sanggup melihat mereka mati tanpa rawatan. Adakah itu yang diajar oleh Rasullullah s.a.w kepada kita? Supaya umatnya terus mundur dan bodoh disebabkan adat yang tidak berguna?
Membunuh wanita untuk menjaga maruah dan adat adalah budaya Hindu. Pakistan dan India asalnya satu tetapi berpecah setelah India mencapai kemerdekaan. Sebab itulah sedikit sebanyak mereka mempunyai budaya yang sama. Budaya Hindu masih tak dapat dikikis walaupun memeluk islam.
Orang Malaysia turut tak terkecuali dari mengikut adat yang melampau. Sebagai contoh, hantaran dituntut sehingga ribuan ringgit. Atas alasan menjaga status, anak gadisnya belajar tinggi atau belanja kawin yang mahal. Adakah itu yang ditekan oleh ajaran islam? Hantaran lebih penting dari mas kahwin?
Sanggup berhabis ribuan ringgit semata mata untuk melihat kenduri kahwin nampak gah dimata tetamu. Adakah itu dituntut oleh ajaran islam?
Orang melayu juga masih berpegang kepada budaya Hindu. Hantaran dan pelamin asalnya adalah budaya Hindu. Orang melayu masih mengamalkan budaya Hindu walaupun telah memeluk islam ratusan tahun lamanya.
Tak salah nak berpegang pada budaya dan adat selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat islam. Tetapi sehingga melebihkan budaya dari agama maka hukumnya menjadi haram.
Berbalik pada isu purdah di Perancis, kerajaan Perancis berhak berbuat demikian apatah lagi memakai burqa atau purdah bukanlah sesuatu yang wajib di dalam Islam. Wanita Islam hanya diwajibkan menutup kepala dan tubuh mereka tetapi harus membiarkan wajah dan tapak tangan dibuka. Ini ditegaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Oleh itu adalah sesuatu yang malang jika ada sesetengah umat Islam ingin membantah sesuatu yang dalam Islam sendiripun tidak mewajibkannya.
3 comments:
penutup muka itu hanya digunakan di arab yang berpasir sepanjang masa.. takkan itu pun mereka tak faham?
inilah masalah apabila terlalu ikutkan budaya.
purdah adalah amalan budaya badwi. tapi dah jadi budaya hampir seluruh masyarakat timur tengah.
tak salah ikut budaya tapi salah apabila menjadikan budaya sebahagian dari agama.
maksudnya mereka sangka kalau melanggar adat/budaya bererti melanggar hukum agama.
mana boleh macam tu. kalau sesuatu budaya/adat itu menyusahkan hidup maka wajib kita tinggalkan.
Tak payah jauh-jauh. Kat Kelantan tu kalau isteri ada kanser payudara kena minta izin suami sebelum boleh buat penbedahan. Kalau suami kata TIDAK maka hiduplah si isteri dengan kanser sampai mati.
Lepas mati suami syok kawen lain. Undang-undang JUMUD!
Post a Comment