Geng Bas Sekolah

January 26, 2010

Isu Saman Jadi Kegemaran

Sekarang kes saman menjadi jadi. Ada artis saman syarikat recording, ada guru saman pengetua, ada ibu bapa saman guru. Malah Terese cock pun saman Utusan.

Yang terbaru saman bekas tunang. Seorang juruteknik kilang di Cheng, dekat sini, menuntut ganti rugi hampir RM30,000 terhadap bekas tunangnya, seorang pekerja bahagian stor industri di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana memutuskan ikatan pertunangan.

Muhamad Nazib Md Aris, 30, dari Batu 17 3/4, Kampung Sungai Ragok, Alor Gajah, dekat sini, selaku plaintif memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya Noor Shaziana Mohd Khori, 23, (responden) membayar ganti rugi kewangan RM26,000 berserta empat cincin.

Katanya, dalam perbincangan itu pihak perempuan (responden) bersetuju menerima syarat iaitu jika pertunangan diputuskan mereka, responden dikehendaki membayar dua kali ganda wang hantaran ditetapkan pihak lelaki dan sebaliknya jika diputuskan pihak lelaki, wang hantaran itu hangus tanpa apa-apa tuntutan.

“Pihak perempuan menyatakan hasrat muktamad memutuskan pertunangan dan memulangkan RM4,000 dan dua cincin dan enggan mengikut perjanjian sebelum ini,” katanya.

sumber :Harian metro

Ada sebuah blog yang bukan setakat menghina almarhum sultan, malah menghina islam. Blog ini dipercayai dikendali oleh orang kafir yang juga rakyat Malaysia. Klik sini (Xtalks) untuk lihat blog gampang ini.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz, sudah menjadi mainan oleh warga Malaysia apabila sudah mengecapi kemewahan hidup..... kalau dulu-dulu keris lembinglah jadi taruhan untuk menebus maruah.....

Jeepers Creepers said...

tapi nak samanpun pakai duit juga. silap kes, kita kalah kita yang rugi..lepas tu pihak lawan pula boleh buat saman malu..makin parah kita jadinya..

memang bagus kita gunakan sistem perundangan yang sah tetapi kadang kadang ada sesetengah kes tak molek dihebohkan. sebaiknya kita selesaikan dengan baik. tanpa perlu nak mendakwa sesiapa.