Geng Bas Sekolah

January 9, 2010

Firaun Mesir Dan Firaun PAS

Di Mesir, suasana agak tegang berikutan tindakan Mesir membina tembok besi sekaligus menghalang terowong bawah tanah diantara Gaza dan Mesir. Tindakan Mesir mencerminkan pengaruh Firaun masih menebal didalam diri mereka. Sikap sombong dan angkuh mereka menyebabkan ribuan penduduk Gaza akan mengalami pelbagai masalah perubatan dan makanan.

Malah Mesir lebih mengikut kehendak Yahudi daripapa kepentingan orang islam Palestin yang menjadi sasaran tentera Zionis yang kejam.



Di Malaysia juga terdapat pengaruh Firaun. Didalam PAS, Nik Aziz menjadi Firaun dengan bersikap angkuh dan sombong. Kenyataan terbarunya program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam menuduh UMNO telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala didalam umat islam. Dan serangan keatas gereja telah disebabkan oleh UMNO.

Bagi Nik Aziz, melukakan hati orang kristian, hindu dan buddha dikira berdosa. Tetapi kalau hati orang islam terluka, baginya tak apa. Baginya, islam PAS sudah cukup berbanding islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.

Nik Aziz lebih suka menjaga hati dan berkawan dengan orang bukan islam. Orang islam selain penganut islam PAS adalah kafir yang patut diperangi. Orang islam yang bukan menyokong islam PAS dihina, dicaci dan difitnah.

Sebab itulah Nik Aziz pada mulanya menyokong nama Allah s.w.t digunakan oleh orang kristian. Apabila melihat orang islam marah dengan tindakan mahkamah, barulah dia mengubah ayat tetapi jauh disudut hatinya, dia masih belum mahu BERTAUBAT.

Inilah Nik Aziz. Berpegang kepada prinsip "matlamat menghalalkan cara". Sanggup menyokong agenda kristian dan orang kafir yang mahu memecahbelahkan perpaduan islam. Baginya UMNO adalah musuh. Segala yang UMNO buat hanyalah buruk dan mendatangkan keburukkan.

Sedangkan dia lupa dia bukanlah insan yang mulia. Tidak ada sebarang jasa yang buat olehnya pada negara kecuali fitnah dan keburukkan akhlak penganut penganut islam PAS. Itupun masih ada hati mengaku diri dan partinya pewaris nabi.



Sesungguhnya penduduk di langit dan dibumi tahu tembelang dan perangai Nik Aziz serta pengikut pengikutnya. Dan kepada Allah s.w.t sahajalah tempat kami mengadu dan memohon perlindungan dari kejahatan syaitan dan manusia. Semoga Allah s.w.t mengampunkan segala dosa kami dan memberikan petunjuk jalan kebenaran kepada Nik Aziz berserta pengikut pengikutnya.

4 comments:

Lin said...

SALAM

SEMOGA NIK AZIZ DAN PENGIKUTNYA SEDAR AKAN KESALAHAN MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI

MARILAH KITA BERDOA SEMOGA MEREKA BERSAMA-SAMA SAUDARA ISLAM DALAM UMNO UNTUK MENEGAK DAN MEMPERTAHANKAN BADAI YANG MELANDA NEGARA KITA INI

AMIN

Yb Raz said...

mudah mudahan dia akan sedar kesilapannya.

r said...

sebahagian dari post ini telah saya copy/paste di blog saya.tq

rahman said...

bro,sebahagian dari post ini telah saya copy/paste di blog saya.tq