Geng Bas Sekolah

January 19, 2010

Cerita Pahang

36,ooo ahli UMNO pahang tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi. Wow ! Dah macam kes "pelancong hilang" pula.

36,000 itu ahli UMNO yang sudah dikemaskini atau belum? Setakat ikut laporan tahun tahun lepas, tak payahlah nak tergezut. Dan aku juga bersetuju dengan pendapat saudara BraveHeart, kalau mereka ini ikhlas dengan UMNO, sudah pasti mereka akan mendaftarkan diri sebagai pengundi. Dan juga sikap segelintir pemimpin UMNO itu sendiri yang menyebabkan orang UMNO meluat dengan UMNO.

UMNO negeri lain aku tak pasti tetapi UMNO negeri Pahang, memang tak jalan! Daerah Bentongpun dibawah parti Gerakan. Calon UMNO memang tak ada. Aktiviti tak ada. Kalau adapun suam suam kuku.

Ekonomi Pahang sebenarnya dah tak jalan. Pelabur tak banyak masuk. Kuantan ibu negeri Pahang macam bandar kecil saja. Tak ada apa apa keistimewaan sebagai ibu negeri. Untung kerajaan negeri banyak dengan hasil balak tetapi pembangunan negeri hancur lebur.

Selain itu, para pemimpin UMNO Pahang langsung tidak berminat dengan aktiviti siber. Tiada blog UMNO Pahang yang benar benar baik sebagai pendinding. UMNO Bahagian juga tiada blog atau website sendiri. Kalau adapun sekadar hangat hangat tahi kucing. Tak ada update langsung.

Dimana pula Biro Penerangan UMNO Pahang? Dah tak releven lagi. Mereka masih bermimpi di era 70 80 dan 90 an. Masih ingat orang menggunakan mesin taip nak taip berita. Masih ingat orang pakai kertas nak hantar surat layang.

Mereka alpa bahawa pembangkang lebih maju kedepan. Pembangkang dah guna emel, blog kalau buat surat layang. Dah tak main main kertas dah! Atau lebih senang hantar je sms. Tapi charge sikit kredit lah.

Aku malas nak bising bising. Betul kata blogger BraveHeart. Kita "orang kecil", tak ada siapa nak dengar teguran kita. Tak ada siapa yang nak dengar nasihat kita. Semuanya pakat pakat buat bodoh. Pakat pakat jaga perut sendiri. Jaga kroni sendiri.

Rakyat Pahang? Pergi matilah!

4 comments:

Frodo Baggins said...

semua tidoooo!!!!

Jeepers Creepers said...

ye

Anonymous said...

koi dah lama tahu, tu pasal semantan bawah PAS. Ketua bahagian macam sial je. letak poster besar kat tepi jalan, nak jumpa pun susah. tp time mengundi amboi eksyen betul. salam main pakai sape je. genggam tak nak. nasib le PR tak kuat.
dah le tu kat UMNO temerloh punya building pun lagi sial. terbengkalai aje. buat sakit mata. PAS saje je buat office seberang.
Najib mana kau? sibuk membala kan hok kaum lain. awok ce dtg tengok kat temerloh ni. gonne awok ni.

Jeepers Creepers said...

tau xpe..aku dah boring dengan UMNO pahang