Geng Bas Sekolah

January 14, 2010

Bukan Salah Ibu Mengandung

Datuk Ibrahim Ali selaku presiden PERKASA telah mengatakan kerajaan terlalu mementingkan peningkatan pelancong sehingga ada pelancong ini yang tidak mahu balik ke negara asal.

Sebenarnya kerajaan Malaysia mempunyai satu masalah yang cukup besar. Masalah penguatkuasaan undang undang. Sebutlah dari pihak mana seperti imigresen, DBKL, polis, kastam, penguatkuasa PBT. Semuanya bermasalah.

Orang boleh masuk ke Malaysia melalaui sungai Golok yang lebarnya macam sungai Gombak. Dibukit kayu hitam, orang Thailand bebas keluar masuk membawa barangan terkawal balik kenegaranya. Orang bebas buang sampah merata rata walaupun dikaki tiang papan larangan membuang sampah.


Penjaja haram bebas menjaja tanpa tindakan tegas pihak berkuasa. Pelbagai akta dan hukuman digubal, tetapi apabila diperbicarakan, hakim tidak menjatuhkan hukuman semaksimun mungkin. Selagi tak buat macam tu, selagi itulah orang masih berani melanggar undang undang negara ini.


Sampai bila kerajaan masih mahu berlembut hati, akupun tak tahu. Kalau kita terlalu berlembut, orang akan pijak kepala kita.Menteri KDN pun satu. Masih nak bagi warning. Orang tak takutlah dengan warning menteri KDN. Sebabnya orang tahu, ianya hanya cakap cakap mulut.

Lain di zaman pemerintahan TUN Mahathir. Apa yang dikata pasti dilaksana. Sampai "sultan Anuar mangkat dipijak"pun dicampak kedalam ISA. Tanpa kompromi.

Sekarang "sultan Anuar mangkat dipijak" sibuk menyalak mengapikan isu agama. Sepatutnya "sultan Anuar mangkat dipijak" ini dah lama dicampak kedalam ISA. Perbuatan dia dah jelas cuba menganggu keamanan negara. Tapi menteri KDN ni buat tak nampak je. Eeee geram betul aku dengan menteri sorang ni.


Negara Kita Sudah Dicabul

Disaat kerajaan sibuk dengan program UMNO Juara Rakyat, masih ada banyak masalah rakyat yang tidak diselesaikan. Masih ada suara rakyat yang tidak didengari. Kerajaan harus selesaikan dahulu masalah rakyat sebelum menggelarkan diri sebagai juara rakyat.

Yang gelarkan kita juara bukanlah diri sendiri sebaliknya orang lain yang melihat jasa dan kebaikan yang telah kita buat. Orang lainlah yang sebenarnya menilai kita ini juara ataupun tidak.

No comments: