Geng Bas Sekolah

December 8, 2009

The Times



Tanggal Merdeka 31 Ogos 2009, maka genaplah anniversari ke – 5 tahun penubuhan The Times yang masih aktif berkarya dan ber rock n roll di serata pentas Negara. Pada 2009 ini, The Times dianggotai oleh dua bersaudara, Naza (Vokal/gitar) dan Mono (bass) manakala Irfan (drum) dan juga Moon (gitar utama).

Ditubuhkan pada 31 Ogos 2004 selepas beberapa tahun bersama OAG.

Pada 30 November 2004, The Times telah merilis album melatu pertama bertajuk "SODAPOP ROK & ROL". Album tersebut telah berjaya dinominasikan dalam Kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia 2005. Bermula dari itulah, the Times meraih lebih ramai penggemar dari generasi muda melalui gig-gig dan juga arena persembahan bebas di selutuh Malaysia. Album pertama ini juga telah di “re-pakej” kerana permintaan yang sungguh menggalakan.

Album kedua menyusul pada tahun 2007 yang bertajuk “NADA MELANKOLIK MALAYA" yang meletakkan satu standard dimana mereka lagu-lagunya lebih bernada melankolik dan psychedelic. Album kedua telah terjual lebih dari 10,000 unit di seluruh Negara tanpa promosi dan juga airplay radio yang aktif.

Pada 2008, apabila muzik indie pop mula medapat perhatian dari penggemar muzik mainstream , The Times kembali dengan album melayu ke -3 bertajuk “MODERN MINIMALIS GLAMOUR”. Rakaman album ini telah dilakukan oleh Naza, Mono dan Irfan tanpa Alim dan Nazreen yang telah mengundur diri. Naza telah mengabil tanggungjawab dalam rakaman trak gitar dan The Times telah berjaya merakam album ini dalam masa 1 bulan. Album ini telah diadun oleh Greg Henderson yang pernah menjadi penerbit bagi album OAG.

Pada November 2008, The Times telah merekruit rakan crew, Moon bagi mengantikan Nazri di posisi gitar utama. Pengurusan The Times juga telah di tubuhkan bagi memajukan lagi karieer The Times di persada muzik tanahair. Semenjak itu, The Times terus maju positif ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Sehingga kini, The Times terus berkarya dan bakal meyajikan material ke 4 dalam masa yang terdekat.

PENCAPAIAN DI INDUSTRI MUZIK

  • 2009 – Modern Minimalis Glamour Nominee For “Best Rock Album” in Anugerah Industri Muzik 16.
  • 2009 – Nominee For Best Rock Song “Tunjuk Perasaan” in AVIMA 2009 Asia Voice Independent Music Award 2009.
  • 2009 – 6 weeks No 1 in Channel Amp Asia Chart for 3rd single “Khayal Khayalan”.
  • 2008 - 29 weeks No 1 in Channel Amp Asia Chart for 1st single “Singapura Kuala Lumpur”.
  • Nominated Top 5 best new artist to Anugerah Industri Muzik Malaysia 2005 for "SODAPOP ROK & ROL" album.
  • Ikon Remaja, Yayasan Patriotik Bangsa, Kementerian Perpaduan Negara.

No comments: