Geng Bas Sekolah

December 30, 2009

MIG-29 Dan Nik Aziz

Semalam Tun kata mungkin pesawat MIG-29 negara akan diganti dengan pesawat baru. Pesawat yang belum berusia 20 tahun itu mahu ditamatkan. Tamatkan apa kejadahnya. Adakah MIG tu digunakan untuk berperang di Iraq, atau digunakan oleh isteri isteri pilot untuk pergi pasar setiap hari? Sampai mahu mahu tukar pesawat baru!


Pesawat yang tak pernah digunakan untuk berperang nak ditamatkan perkhidmatan. Pelik pelik. Cakap jelah nak cari duit ambik tender beli jet baru. Enjin jet dalam simpanan TUDM pun boleh hilang, cakap nak beli jet baru. Semua nak menjahanamkan duit rakyat.

Ingat nak beli jet murah macam beli kereta kancil? Sudahlah PDRM beli Evo X sebagai kereta peronda. Apa kereta buatan Malaysia ini tak cukup bagus ke?

Apa cerita beli kereta mahal ni?

Aku tak nampakpun polis guna kereta EvoX ni pergi kejar penjenayah. Sejahat jahat penjenayah kat Malaysia ni, takde lagi penjenayah jutawan yang mampu pakai kereta mewah merompak orang.

Semuanya sebab duit. Beli peralatan mahal, lepas tu dapatlah komisyen. Itu je yang mereka mahu. Ada satu barang lama dalam Malaysia ni. Dah lebih 20 tahun digunakan tapi tak pernah ditukar. Nik Aziz!


Aku releven dulu kini dan selamanya

Semalam Nik Aziz meracau racau cakap blog celako. Padahal blog itupun puak dia juga. Apa cerita ni? Orang tua ni lebih elok ditukar dari MIG yang tak pernah digunakan untuk berperang. Beli mahal mahal pastu simpan buat pameran.

3 comments:

Anonymous said...

sepatutnya nik ajis ni masukkan kedalam guni dan buangkan laut china selatan kasi makan ikan jerung cerita pun tammat buku pun tutup

ISAC said...

Salam....

Anon kata bidalan, "benih yang baik, campak ke laut jadi pulau". Cuba-cuba lah campak mana tahu boleh ganti pulau Singapura yang "hilang".

Kereta Evo X, tu ada berapa bijik aje.... simpan untuk buat demo aje lah....Itupun sampai terlangar.

Perompak memang ada merompak pakai kereta mewah, tapi kereta curilah...Ingat Mendiang Kuhan? "Hero" PKR yang mati dalam tahanan? Dia merompak kereta mewah X kan pergi blog kereta orang pakai Myvi....;)

MIG 29 tu, umur baru antara 12-14 tahun aje...Batch pertama hanya ditauliahkan pada tahun 1995.

http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/mig-29-fulcrum-oh-mig-29kumpulan.html

Yb Raz said...

tak baek buat orang tua camtu. nanti dia meracau racau lagi sape susah.

yelah penjenayah pakai kereta mewah curi. tapi berapa orang sangat? sampai membazir beratus ribu ringgit. sedaplah penjenayah naik kereta mewah pergi balai.