Makan Banyak Diwaktu Pagi
Pada waktu pagi, tubuh memerlukan tenaga yang cukup tinggi. Oleh disebabkan itulah kamu memerlukan makanan yang secukupnya untuk tubuh. Bahkan menerusi penyelidikan yang dibuat di Virginia Commonwealth University, wanita yang mengambil 600 kalori ketika bersarapan dikatakan dapat menurunkan berat badan sehingga 20kg dalam masa 8 bulan. Sedangkan mereka yang makan lebih sedikit, hanya mampu menurunkan berat badan sekitar 4.5kg sahaja. Walau bagaimanapun, kualiti makanan yang dimakan pada waktu pagi hendaklah diambil kira. Sarapan lengkap yang mengandungi 15% protein, 30% lemak, dan 55-60% karbohidrat dikatakan dapat membekalkan tenaga dan membantu proses menurunkan berat badan yang berlebihan.
Makanan Enak Tidak Dilarang
Diet melulu memaksa seseorang itu makan makanan yang rasanya hambar dan tidak
Boleh Makan Selepas 7 Malam
Selama ini ramai yang beranggapan, metabolisme tubuh akan menjadi lebih rendah dan lambat pada jam 7 malam dan ke atas. Namun hakikatnya, kamu masih boleh lagi menikmati sepinggan nasi dengan lauk yang lengkap. Cuma, apa yang perlu kamu elakkan adalah, semangkuk aiskrim coklat dan beberapa potong kek keju yang lazat. Diet tidak akan membuatkan kamu terseksa! Kamu masih boleh menikmati kudapan, asalkan ia tidak lebih dari 150 kalori. Walau bagaimanapun, ini bukan pasport untuk kamu makan apa sahaja yang terlintas di fikiran, pilih yang terbaik, seimbang dan kurang lemak.
No comments:
Post a Comment