Geng Bas Sekolah

December 18, 2009

Hiburan/Politik Mengatasi Majlis Ilmu

Aku terpanggil membuat entry ini setelah membaca entry CheDet (klik sini) tentang persidangan The International Muslim Academy Of Science yang berada dibawah naungan OIC. Persidangan ini di adakan di Shah Alam pada 14 haribulan lalu.

Satu konvensyen yang diadakan oleh Ramadhan Foundation United Kingdom yang membincangkan Muslim Unity. Dikhabarkan ramai ulama ulama yang hadir termasuk mahzab Syiah, Sunni dan wahabi.

Antara intipati yang ditekankan adalah perbezaan pemakaian islam mengikut budaya setempat, pembunuhan sesama muslim kerana perbezaan mahzab dan lain lain.

Secara jujur, aku langsung tak mendengar tentang persidangan ini di hebahkan. Mungkin ada tapi mungkin aku terlepas pandang. Tetapi secara realiti, inilah nasib yang menimpa umat islam sekarang.

Malah Tun Mahathir sendiri mengakui majlis ini kurang mendapat liputan media.

Sayang kerana disaat ramai ulama dan ilmuan islam berkunjung ke negara kita, kita tidak menghargai kedatangan mereka. Kita terlalu sibuk dengan hal politik dunia, bercakaran sesama muslim dan melayu, terlalu banyak bercerita soal hiburan dan yang terbaru, cerita Zizie Ezaty nak kawin Datok Bung Mokhtar.

Para blogger pula sibuk menceritakan hal persidangan Pakatan esok. Persidangan yang kononnya mahu Pakatan didaftarkan sebagai satu entiti, satu kapal.

Adoi lantak depa lah nak buat apapun. Malas aku nak pikir. Allah s.w.t dah tunjuk yang orang Pakatan ini munafik. Baik PAS dan PKR. DAP dah memang terang lagi bersuluh orang Kafir. Jadi buat apa kita nak takut kalau kita dipihak yang benar.

Segala tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan, kita serahkan pada Allah s.w.t untuk mengadilinya. Kalau kita kalahpun, mungkin disebabkan kealpaan kita seperti dipersidangan Dewan Rakyat tempoh hari.

Salah orang MP BN sendiri kerana sibuk berpoya poya dengan kuasa sehingga lupakan tanggungjawap. Hingga ponteng ke Parlimen. Kalau Pakatan menang undi sebelah hari itu, jangan salahkan rakyat tetapi sebaliknya salahkan diri sendiri kerana sombong dan ego.

Tahniah buat Dr Yusuf Al-Qaradawi kerana mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Antarabangsa pagi tadi. Tapi sayang semasa ucapan beliau, tiada penterjemahan yang dibuat. Mungkin ada kelemahan pihak penganjur yang perlu diperbaiki lain kali.

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, inilah yang patutnya difikirkan bersama, terlalu sukar menjelaskan di atas sikap ini......

Yb Raz said...

tau takpe

Anonymous said...

di zaman tun mahathir masih menjadi PM, apa jua event yang dia pergi, media pun pasti ada bersama.. kini? haprak punya media... lagi2 bila sesuatu konvensyen itu mengenai agama.. mereka akan teragak2 membuat pilihan nak pergi atau tidak..

dan bila terjadi, pakatan akan kata media ni lebih kepada hiburan.. hal agama ditolak ketepi, media plak yang akan melenting kena teguran ..

i follow you..
http://unitmediasiber.blogspot.com

Yb Raz said...

biasalah media akan follow "orang besar".

tapi media juga sepatutnya kena tahu bahagikan informasi.

takkanlah nak ceritakan hiburan semata mata. perlu juga jalankan tanggungjawap terhadap agama.

Cakap agama islam sebagai agama persekutuan/agama rasmi.

Tapi kebanyakkan pihak dalam negara ini bekerja macam tak ada agama langsung.

termsauklah jabatan agama islam. Ntah apa kerja mereka buat, akupun tak tahu.

Anonymous said...

haha.. i agree with you ttg jabatan agama.. politik ni menjadi lebih teruk pabila membabikan agama.. even PAS sendiri pun mudah terjatuh bila tersilap beerbicara mengenai agama...