Geng Bas Sekolah

December 15, 2009

Hantu Penanggal

Dizaman ini, sudah tidak ramai yang mengamalkan ilmu syaitan. Salah satu ilmu syaitan yang semakin dilupakan adalah Hantu Penanggal. Hantu Penanggal ini biasanya dikenali dengan hanya kepalanya saja yang terbang bersama isi perut.

Biasanya hantu ini akan menganggu orang yang mahu bersalin. Diwaktu dahulu, daun mengkuang berduri akan diletak dibawah bilik wanita bersalin untuk menggelakkan gangguan Hantu Penanggal. Dipercayai Hantu Penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut. Tapi aku tak tahu kalau pokok kaktus boleh digunakan atau tidak.



Orang yang memelihara Hantu Penanggal ini akan menyimpan setempayan cuka didalam rumah. Tujuannya untuk memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Penanggalan juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.

Dizaman ini orang sudah tidak begitu takutkan hantu sebaliknya orang sendiri yang lebih berperangai hantu. Malah orang berperangai hantu bukan setakat mengancam nyawa orang lain, malah mengancam keselamatan negara.


Hantu Moden

No comments: