Geng Bas Sekolah

December 22, 2009

10 DALIL KENAPA MOHD SABU TIDAK LAYAK MENJADI PIMPINAN PAS

Aku jumpa benda ni didalam satu website. Rasanya ianya kepunyaan orang PAS. (klik sini)

PEGANGAN/AMALAN SYIAH
Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengkagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah? Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci.

Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka. Mungkin atas sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi). Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini kedalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita. Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat dimasjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana.

Aku Kata : Ish ish teruknya orang PAS ni. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia tu yang lebih hahahaha

MENYAMAKAN PIMPINAN PAS DENGAN UMNO
Di dalam Ijtimak Jihad Pemuda PAS Kedah, sewaktu memberikan ucapannya, Sdr. Mohd Sabu telah menyamakan Pimpinan PAS dengan UMNO melalui kata-katanya :

Sekarang perangai pemimpin PAS dengan UMNO sama. Beza di antara Pemimpin PAS dengan Pemimpin UMNO 3 perkara sahaja - pemimpin PAS tak minum arak, pemimpin PAS tak berzina, pemimpin PAS tak main judi. Lain pada tu sama! Berebut harta, rasuah, nepotisme, pembaziran… sama!

Ucapan dan tindakan ini amat keterlaluan. Sekiranya ianya datang dari ahli UMNO mungkin masih boleh diterima dek akal walaupun biadap. Dan sekiranya datang dari ahli PAS memang sah biadap dan tidak ada wala’ terhadap pemimpin. Tetapi, apa yang menyedihkan, ianya datang dari seorang pemimpin PAS sendiri yang berjawatan Naib Presiden – suatu jawatan yang amat tinggi yang sudah menggambarkan pemimpin pelapis dan masa depan PAS. Cuba kita bayangkan wajah Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nasharudin, Hussam Musa, Dato’ Hassan Ali, Ust Harun Taib dll, adakah wajah mereka sama seperti yang digambarkan oleh Sdr Mohd Sabu?

Apakah mereka berebut harta, mereka rasuah atau mereka nepotisme? Astaghfirullah…. Kalau kita bercakap mengenai pemimpin UMNO, ada logiknya juga, kebanyakannya sudah ada bukti mahupun pertuduhan/perbicaraan. Tetapi, dengan menuduh kepimpinan ulama PAS sedemikian rupa tanpa sebarang bukti, adalah suatu dosa yang sukar diampunkan.

Aku Kata : Wahh hebatnya penyokong PAS. Begitu percaya yang pemimpin mereka maksum seperti Nabi. Kalau cakap pemimpin mereka bersalah, adalah salah satu dosa yang sukar diampunkan! Mahzab mana yang dianuti orang PAS ini akupun tak tahu.

PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK MENCERMINKAN AKHLAK ISLAM
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah ‘crowd puller’ bagi PAS. Ceramah beliau seringkali mendapat sambutan orang ramai, baik ahli PAS mahupun UMNO. Tetapi seringkali juga ceramah beliau menjadi fitnah kepada PAS. Umum mengetahui, beliau sentiasa nampak hebat dengan gaya bahasa yang kasar dan kesat, kadangkala mencarut dan selalunya mencerca dan memaki pihak lawan sesuka hati.

Ramai orang suka (terutamanya ahli PAS) tetapi terlebih ramai yang benci dan meluat (terutamanya dikalangan orang awam dan ahli UMNO). Sebab itulah beliau dilarang berceramah di kebanyakan tempat yang menjadi kubu kuat UMNO termasuk di dalam beberapa pilihanraya kecil kerana dikhuatiri menjadi fitnah kepada parti dan ramai orang akan lari dari mengundi pembangkang.

Ceramah beliau bukan membawa kepada kesedaran Wa’i Islam ataupun pembentukan Syakhsiyah Islamiyah tetapi hanya menyemai dan menyubur perasaan benci dan marah kepada mereka-mereka yang sepatutnya menjadi mad’u kepada kita.

Aku Kata: Pandai pulak pikir yang selama ini penceramah PAS suka bercakap kotor. Tak menunjukkan akhlak islam. Tapi itulah yang dijulang tinggi oleh orang PAS sendiri.

FITNAH KEPADA IMEJ ISLAM
Sesungguhnya kita memerlukan saf kepimpinan yang mencerminkan akhlak dan syakhsiyah Islam supaya jamaah kita senantiasa berada di atas landasan yang betul dalam mengejar suruhan dan keredhaan Allah. Janganlah disebabkan oleh hanya seorang yang tak sepatutunya berada di dalam saf kepimpinan, Allah tidak merahmati jamaah dan parti kita.

Sebab itulah kalau kita perhatikan sirah dan sejarah perjuangan golongan terdahulu, mereka amat menitikberatkan soal akhlak dan syakhsiyah pemimpin. Mana-mana pemimpin yang ada walau “syubhah” dalam peribadi dirinya akan ditolak dan diturunkan daripada jawatannya

Aku Kata : Inipun pandai pikir. Tapi mengapa orang PAS masih juga melakukan kesalahan yang sama setiap tahun. Masih menghina orang islam yang tidak menyokong parti PAS.

KEHIDUPAN MEWAH
Beliau seringkali menyarankan kita didalam ceramahnya supaya sentiasa hidup sederhana. Tetapi sayangnya beliau sendiri tidak dapat melakukan apa yang disarankannya sendiri. Mungkin kita boleh bertanyakan beliau tentang rumah banglo di Bukit Merah, sebuah kereta Naza Ria dan sebuah kereta Perdana – apakah ini corak hidup sederhana yang dimaksudkan? Dalam keadaan beliau tidak ada pendapatan tetap, bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi kesemuanya itu?

Bayangkanlah kehidupan “sederhana” yang bagaimana beliau akan zahirkan sekiranya PAS memerintah dan beliau adalah salah seorang daripada Menteri Kabinet?? Patutlah beliau menyamakan pimpinan PAS dangan UMNO kerana rupa-rupanya pimpinan PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri!

Aku Kata : Semua orang tahu pemimpin PAS sama je dengan manusia lain. Takde maksumnya. Semua buat salah. Semua orang gilakan dunia. Jadi janganlah menghina orang lain. Jangan menuduh orang lain.

KUAT MELOBI & BERMAIN POLITIK
Tidak salah untuk dipilih sebagai pemimpin. Tetapi, jika sehingga lobi melobi, mengatur strategi dan menyusun langkah semata-mata untuk memastikan kemenangan diri sendiri, ini adalah sesuatu yang menjengkelkan dan merupakan amalan yang tak dapat diterima sama sekali bagi sebuah Jamaah/Parti Islam. Sepatutnya usaha dan tenaga ditumpukan untuk kemenangan parti bukannya kemenangan individu di dalam parti.

Kita tahu bagaimana SdrMohd Sabu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dirinya dipanggil semaksima mungkin untuk merasmikan mesyuarat agung kawasan, dengan harapan dirinya akan dicalonkan untuk sekurang-kurangnya Naib Presiden.

Dan kita terlebih tahu bagaimana beliau menggunakan wartawan harakah untuk mengangkat dirinya dan pada masa sama melakukan serangan peribadi terhadap pimpinan yang lain yang bukan didalam kelompoknya.

Aku Kata : Bukan dia seorang saja buat demikian. Ramai lagi. Contoh paling jelas Nik Aziz. Masih seronok berpolitik. Sehingga mahu menjadi pemimpin rohani pakatan rakyat.

TERLALU INGIN KEPADA JAWATAN
Sesiapa yang ada kesempatan bertemu dengan Sdr. Mohd Sabu kebelakangan ini (terutamanya perwakilan) pasti mendengar cakapan beliau tentang pemilihan Muktamar kali ini. Secara terbuka beliau menagih simpati meminta untuk diberi undi kepada beliau sebagai Naib Presiden. Dan apa yang kita sebutkan di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa beliau meminta-minta jawatan Naib Presiden untuk diri beliau.

Sedangkan amalan tersebut adalah dilarang dan dicela di dalam Islam. Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis :

Dari Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Aku Kata : Semua manusia sama. Ada keinginan dan nafsu. Tengok Nik Aziz sendirilah.

GAGAL SEBAGAI PESURUHJAYA P.PINANG
Pulau Pinang adalah diantara negeri yang malang mempunyai Sdr. Mohd Sabu sebagai Pesuruhjaya mereka. Harapan untuk melihat P.Pinang maju dan bersatu dalam mengerjakan amal jama’i hanya tinggal harapan. Kenyataanya, perhubungan negeri P.Pinang hampir lumpuh. Ramai ahli perhubungan negeri sudah hilang thiqah dan telah nekad untuk tidak menghadiri sebarang mesyuarat perhubungan. Timbalan Pesuruhjayanya juga telah bertindak meletakkan jawatannya. Bagi mereka Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang hanya dikuasai oleh golongan pro-syiah.

Beliau seringkali gagal menghadiri mesyuarat perhubungan negeri dan selalunya menyerahkan kebanyakan tugasan kepada Setiausaha Perhubungan tanpa penglibatan Timbalan Pesuruhjaya yang sepatutnya lebih berperanan besar. Setiausaha Perhubungan dilihat lebih berkuasa dalam banyak hal dan seringkali gagal menjemput ahli perhubungan yang bukan dari kelompoknya untuk menghadiri mesyuarat.

Mohd Sabu juga dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan ceramah diseluruh pelusuk Negara tanpa mempedulikan nasib negerinya yang sepatutnya menjadi amanah daripada Jamaah. Kadangkala kita pun hairan kenapa beliau lebih mementingkan ceramah daripada urusan negeri (mungkin juga untuk pengaruh peribadi dan duit poket beliau!)

Aku Kata : Dah tahu orang begini mempunyai masalah, masih lagi diberi jawatan. Itulah jangan kata UMNO saja. Belek dulu diri sebelum mengata orang lain.

BOCOR MAKLUMAT RAHSIA PARTI
Adalah menjadi prinsip amalan bagi pimpinan untuk melaksanakan konsep kerahsiaan dan keterbukaan dalam gerak kerja harakah. Ada perkara-perkara yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum mahupun ahli parti atas dasar maslahat umum terutamanya hal-hal berkaitan penyusunan dan perancangan. Namun konsep ini seolah-oleh tidak dimengerti oleh Sdr. Mohd Sabu.

Jika tidak masakan maklumat rahsia Parti boleh bocor ke tangan pihak ke tiga. Beberapa kali dilaporkan orang syiah P.Pinang terlebih dahulu tahu mengenai beberapa keputusan di peringkat pimpinan daripada ahli parti sendiri! Sedarlah bahawa suasana ini amat merbahaya dan menjadi ancaman kepada parti dan gerakan Islam keseluruhannya.

Aku Kata : Hahaha orang PAS sendiri menjadi pengkhianat

TIDAK AMANAH
Di antara ciri-ciri terpenting yang perlu ada dalam diri pemimpin ialah sifat amanah. Tetapi, sayangnya sifat ini sudah mula terhakis dari diri
Mohd Sabu. Kalau tidak masakan ada ahli-ahli PAS di Pulau Pinang yang begitu nekad dan sanggup menulis surat kepada Presiden PAS untuk menceritakan perbuatan Mohd Sabu yang telah menyelewengkan wang perhubungan PAS Negeri P.Pinang.

Di dalam surat tersebut, Mohd Sabu telah dituduh menyelewengkan wang Perhubungan PAS Negeri dan wang Badan Khairat Kematian PAS Negeri untuk kegunaan peribadinya. Beliau juga dituduh menyelewengkan wang Tabung Mangsa Tsunami dan Dana Pilihanraya yang telah disumbangkan oleh PAS Pusat.

Mungkin atas sebab itulah kenapa beliau tidak dapat menyediakan dan membentangkan laporan kewangan negeri dan gagal melantik Bendahari Badan Perhubungan Negeri P.Pinang. Dan tidak hairanlah kenapa orang ramai sudah mula hilang kepercayaan terhadap PAS P.Pinang hinggakan mereka tidak mahu lagi menyumbangkan wang ataupun infaq kepada perhubungan negeri.

Aku Kata : Hah! Tengok orang PAS sendiri menjadi munafik. Pecah amanah, seleweng duit rakyat. Jadi apa lagi? Jangan nak menyalah dan menghina orang lain. Jangan perasan parti PAS begitu suci dan bersih. Parti Islam apa kalau dah orang munafik menjadi pemimpin.

Inilah sebahagian sisi hitam PAS. Masih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Mereka bukanlah sebaik yang disangkakan. Masih ada kelemahan dan keburukan sebagai manusia biasa.

Oleh itu mengapa mereka mencaci dan menghina orang islam yang yang tidak menyokong parti mereka? Mengapa mereka sanggup mengkafirkan orang islam lain yang tidak sependirian dengan mereka?

Islam bukanlah dibawa oleh mereka. Bukan mereka yang menentukan kita ini beriman atau tidak! Oleh itu janganlah takut dan terpengaruh dengan dakyah mereka. Mereka hanya menggunakan agama sebagai nama parti sedangkan mereka tidak benar benar memperjuangkan islam. Mereka menggunakan islam hanya untuk meraih undi dan sokongan politik.

No comments: