Geng Bas Sekolah

July 17, 2009

Lim Guan Eng Musuh Islam

PULAU PINANG 16 Julai - Peguam penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini, Darshan Singh Khaira membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan menghina beliau dan Islam.

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Pattani di sini kira-kira pukul 3.30 petang ini dengan ditemani beberapa penduduk kampung berkenaan termasuk Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj.

Beliau juga menyifatkan Guan Eng sebagai kurang ajar dan cuba memecahbelahkan hubungannya dengan penduduk kampung tersebut yang kebanyakannya Hindu.

''Guan Eng secara berterusan mempersendakan nama saya mengikut agama lama dan nama Islam sekarang. Ia merupakan satu penghinaan,'' katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan oleh sebuah akhbar bahasa Cina pada 11 Julai lalu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris pada 15 Julai.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dipetik sebagai berkata; ''Adakah dia Darshan Singh atau Dahan Abdullah.''

Dalam hubungan ini Darshan berkata: ''Nama seseorang tidak menggambarkan pegangan agama.

''Ia hanya label, saya akan tetap menggunakan nama Darshan Singh walaupun beragama Islam.''

Sehubungan itu, Darshan yang memeluk Islam pada awal 1980-an mahu Guan Eng disiasat mengikut Seksyen 4 (1) dan 298 (a) Akta Hasutan 1948 bersama Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Beliau juga mendakwa Guan Eng sengaja berbuat demikian bagi mengalih isu penduduk Kampung Buah Pala ketika ini kepada isu perkauman walaupun mengguris hati banyak pihak.

''Beliau membuat pelbagai serangan peribadi terhadap saya, beliau tidak layak menjadi Ketua Menteri atas pelbagai sebab,'' katanya. Utusan Malaysia

Tindakan terbaru Lim Guan Eng didalam isu Kg Buah Pala semakin biadap. Lim Guan Eng telah menghina seorang islam dan mempermain main namanya. Adakah ini perbuatan seorang ketua menteri yang waras?

Sudahlah tidak pandai menyelesaikan masalah rakyat, kini mula mempermainkan sentimen perkauman diantara orang hindu dan islam. Memang celaka Lim Guan Eng ni. Orang islam dalam PAS masih tak sedar lagi ke?

Sedarlah woi! Tak lama lagi kamu dan agama kamu akan dijual oleh lahanat DAP ni.

3 comments:

GOMO AL KANTOI said...

SALAM BRO....
BANYAK HAL TANAH MILIK UMAT ISLAM DI PULAU PINANG SEDANG DI RAMPAS SECARA HALUS OLEH LIM CELAKA INI.

HARAP ADA PIHAK YANG DAPAT MENDEDAHKAN

Melayu Raya said...

minta nik aziz jawab,dia yg baik sangat dgn DAP.

Anonymous said...

SLM BRO..LGE KENE SELESAIKAN MSLH KG BUAH PALA DLU. JGN NK SIBOK HAL NEGERI LAIN PULAK!