Geng Bas Sekolah

July 26, 2009

Lawak Politikusss

Saat aku merayau rayau didalam blog kawan dan lawan, aku terbaca satu cetusan hati nurani seorang blogger yang juga ahli parlimen di Kedah.
Nampaknya kehadiran sahabat saya Dato Seri Nizar dimalam memperingati mendiang Teoh Beng Huat dengan menyalakan lilin dikritik hebat oleh UMNO dan Be End. Zambry Kadir siap dengan fatwa memperlekehkan tindakan DS Nizar. Turut diseret sama Mufti Perak yang baru bergelar Tan Sri yang siap memfatwakan haram perbuatan menyalakan lilin oleh DS Nizar.

Maka lepas ni kalau rumah kita black out jangan pasang lilin, kalau ikut fatwa Tan Sri Mufti masuk neraka kita!!
Aku paham cetusan itu dilahirkan dari perasaan kepartian jahiliyah beliau. Sayang masih ada ahli parlimen yang tidak tahu membezakan majlis memperingati kematian dan juga "black out".

Aku tahulah bahawa dia ni kaya raya, banyak duit sebab tu kalau black out dia tak payah pasang lilin. Sudah pasti rumah dia secara automatik terpasang lampu spotlight backup melimpah limpah.

Jadi janganlah nak memperlekehkan kami orang miskin yang hanya mampu menyalakan lilin dan pelita ketika black out nanti.

Orang berfikiran jumud sebeginipun masih diangkat menjadi ahli parlimen. Dunia dunia.....

Kehilangan Tokoh Industri Seni

Tak lupa juga takziah diucapkan kepada keluarga Yasmin Ahmad. Pemergian Yasmin Ahmad adalah kehilangan buat industri seni negara. Filem beliau adalah filem realiti rakyat Malaysia. Dimana beliau menyatukan kaum melayu, cina dan india didalam filem filem beliau.

Masih tiada mana mana pihak yang berani tampil seperti beliau menyatukan pelbagai kaum didalam satu filem. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-fatihah....

6 comments:

akupedulikhape said...

ape bongok na ahli parlimen tuh..?pandai buat lawak tahap cipan la dia tuh..

Ezad said...

Turut diseret sama Mufti Perak yang baru bergelar Tan Sri yang siap memfatwakan haram perbuatan menyalakan lilin oleh DS Nizar.

dan rakyat nak terus percaya akan orang yang baru bergelar 'yang berhormat' ni ke?

kesian umat melayu, dpt pemimpin yang tak tau beza yang hak dan yang batil

arinTaker gangsta papa said...

salam,

aku pOn dh baca web YB PKR tue. YB Kulim... memang 1x baca pOn dh tau budus dia ni membuat perumpamaan menyalakan lilin utk menghOrmati si mati dgn menyalakan lilin ketika balckOut. bukan kah kedua2 keadaan itu berbeza? jadi sdh tentulah hukumnya berbeza. hadOiyai YB2. feninglah fening sama ini YB.

AnakPas said...

Alahai Ahli Parlimen mana ye?/ boleh tolong berikan hints..
Kesian dia tak tahu membezakan antara A dan B.
kalu dia orang Melayu mati Kito...

yb Raz said...

dia orang melayu..ala cari je dalam blog blog bpn mesti jumpa..

sedih bila lihat orang melayu berpendidikan tinggi seperti beliau yang merupakan seorang peguam tidak dapat berfikir dengan waras apabila kawan separti dikritik.

AnakPas said...

Oh Loyar tu..
Sebab tu aku takut nak jadikan anak aku Loyar..sebab belit itulah yang memungkinkan aku juga terpalit masuk neraka..
Loyar seperti ini belit mereka macam Ular sawa..Allah maha mengetahui..walaupon hang berkopiah ke sorban ke jubah ke..