Ibunya, Daisy Fajarina berkata, dia akan memfailkan dakwaan terhadap putera berusia 31 tahun itu selain menuduh Kuala Lumpur dan Jakarta cuba menyembunyikan penderaan terhadap anaknya.
Namun lain pula kisahnya dipihak Tengku Mohammad Fakhry, segala cerita yang disebarkan oleh Manohara dan ibunya adalah fitnah.
Apa yang dipaparkan di laman-laman web mengenai fitnah Manohara terhadap Tengku Temenggong hanyalah untuk meraih simpati orang ramai terhadap dia dan ibunya, Daisy Fajarina. Beliau tidak menolak kemungkinan, apa yang sedang dilakukan oleh Manohara sekarang ini kerana dipengaruhi ibunya.
Bagaimanapun buat masa ini Tengku Temenggong tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana mahu menunggu perkembangan seterusnya daripada Manohara dan ibunya.
“Biar mereka habis dahulu dengan kenyataan-kenyataan yang hendak dikeluarkan dan selepas ini jika masih tidak mempunyai bukti, kebenaran dan keadilan akan menjelma,’’ katanya.
Segalanya bakal terjawap apabila kebenaran dan keadilan menjelma tidak lama lagi. Kita sama samalah menunggu siapa yang benar benar bersalah.
Namun masih ada segelintir kerabat diRaja yang melakukan kesalahan termasuklah kes jenayah tetapi tidak diambil tindakan kerana berlindung disebalik kemewahan dan darah keturunan. Mereka harus ingat, mereka bukan lagi hidup diabad ke 15 dimana rakyat hanya menerima kata kata raja tanpa membantah.
Rakyat kini sudah berani mempersoalkan kebenaran dan hak masing masing. Sejarah juga menunjukkan tiada raja yang kekal selamanya. Raja dinaikkan oleh rakyatnya dan rakyatnya jugalah yang menurunkannya semula.
Dan aku menyokong sebarang pendedahan mengenai salahlaku yang dilakukan oleh mana mana kerabat diRaja kerana disisi Allah s.w.t, bukan pangkat dan keturunan yang dipandangNya tetapi amal dan imannya.
3 comments:
Saya pun sokong...pendedahan salah laku tak kira rakyat biasa, pemimpin atau raja tidak boleh dibiarkan berleluasa...
Kalau ternyata Mano didera secara seksual, fizikal dan mental...pelakunya tidak harus bebas dari hukum dunia.
Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?
SALAM ZIARAH BRO
AIK!..SI BERUK PUN PANDAI MAIN KERIS?..KEHKEHKEH..APE PUN MANO TU CUMA AMIK KESEMPATAN DLM KESUSAHAN. SENGAJE NAK CARI PABLISITI TAK KENA TEMPAT. BAGUS JUGAK DIA LARI.
Post a Comment