Geng Bas Sekolah

March 4, 2009

Tanya Sama Hud Hud

A. Kugan "Si Penchuri" dikatakan mati akibat teruk dibelasah. Laporan bedah siasat yang dijalankan diatas permintaan keluarga menunjukkan dia mati akibat kegagalan buah pinggang setelah dibelasah.

Sel sel ototnya gagal berfungi menyebabkan aliran darah tersekat. Dan itu membuatkan buah pinggangnya gagal berfungsi. (Laporan klik sini). Laporan bedah siasat bebas itu dilakukan selepas keluarga mangsa tidak berpuashati dengan laporan bedah siasat awal di Hospital Serdang bahawa Kugan mati akibat terdapat cecair di dalam paru-parunya.

Oh buah pinggangnya rosak bukanlah sebab dia ada diabetis tapi kena belasah rupanya. Kugan mati ketika disoal siasat dalam tahanan polis pada 20 Januari lalu. Sebelum kematiannya, mangsa ditahan lima hari berhubung kes kecurian kereta mewah.

Menjawaplah polis lepas ni kalau betul Kugan ni mati dalam tahanan polis. Kalau bab pukul memukul, aku memang tahu. Kalau seseorang dari kalangan "rakyat miskin" masuk balai, conform kena "ragging" punya. Hal ini boleh terjadi di hampir kebanyakkan balai polis diseluruh dunia.

Ala sedangkan askar Amerika boleh siksa tahanan di Guantanamo, apalah sangat polis kat dalam balai. Lagi rileks. Masuk penjarapun sama juga. Mesti kena belasah dulu. Pukul pukul ni dah jadi perkara biasa. Sebab tu pelajar gaduhpun dah bersepah sekarang.

Contoh terbaik adalah seorang bekas pegawai kanan polis Bukit Aman sanggup menendang perut menantunya yang mahu melihat tiga anaknya. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan awal mendapati ia hanya masalah dalaman keluarga.

Bila dia dah cakap masalah dalaman, dah tentu tiada tindakan yang diambil sebab tertuduh adalah bekas pegawai kanan polis Bukit Aman. Kes ini akan senyap seperti kes kes berprofail tinggi yang lain. Dan tiada keadilan buat "golongan miskin".

Beginilah nasib kita rakyat marhein. Aku sendiri menulis ini entry ini perlu menanggung risiko untuk dipanggil ke balai. Tapi apa boleh buat. Takkan kita nak diamkan saja apabila ada anggota polis yang menyalahgunakan kuasa.

Walaubagaimanapun aku ucapkan syabas dan terima kasih kepada semua anggota polis yang benar benar jujur dan dedikasi menjalankan amanah yang diberikan. Jasa kalian tidak dapat kami balas. Dan buat anggota polis yang kaki rasuah dan tidak amanah, kami tidak akan mendiamkan diri apabila penyelewengan berlaku.



KEADILAN AKAN TETAP DITEGAKKAN

1 comment:

Sedingin Salju said...

Nanti dek pasai polis kaki rasuah ni, pembangkang buat isu.