Geng Bas Sekolah

March 28, 2009

Syabas Niz Aziz - Aku Sokong

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.




Kali ini aku memang sokong kenyataan Nik Aziz. Syabas kerana berkata benar walaupun pahit untuk didengar dan diakui. Aku memang sokong 100% perokok dilabelkan hina daripada lembu. Apalah kebodohnya menghabiskan duit dengan membeli sebatang rokok, kemudian membakarnya semata mata untuk menyedut makanan jin iaitu asap.

Kalau hina daripada lembu, aku beranggapan mereka lebih hina daripada babi.

Islam menganjurkan umatnya menjaga kesihatan dan mengelakkan perkara perkara yang merosakkan. Adalah jelas rokok mendatang kemudaratan kesihatan sama seperti arak dan dadah.

Kebanyakkan syarikat rokok adalah penyumbang kepada yahudi. Tapi itulah umat islam masih berdegil. Masih mahu mempertahankan budaya merokok dengan hujah yang memang GAMPANG.

Rokok penyumbang kepada cukai, penanaman tembakau, menghilangkan stress bila hisap rokok, mendatangkan ilham semua itu BULLSHIT!!

Pergi jahanam sama cukai. Sebagai negara islam, arak dan rokok tidak patut wujud. penanam tembakau boleh diberi altenatif menanam pokok lain. Jabatan Pertanian Malaysia patut bekerja lebih aktif bagi mencari altenatif kepada penanaman tembakau.

Nasib baik Najib jadi PM. Kalau aku jadi PM, ramai orang akan dibunuh kerana menghisap dadah, rokok dan arak.

Orang melayu tetap pertahankan budaya merokok sedangkan sudah jelas dan nyata Islam melarang umatnya terjerumus ke perkara merosakkan. Hanya orang yang buta hati dan penagih rokok tegar sahaja yang sanggup mempertahankan budaya merokok.

KATAKAN TAKNAK KEPADA ROKOK.

5 comments:

Anonymous said...

Masalahnya yang ramai merokok dan tanam tembakau orang PAS..Tengok gayanya dan percakapan serta tingkah laku memang boleh diterima dan Us. Nik aziz benar...

raz said...

yang menanam tembakau ye mungkin orang pas. tapi yang merokok tak kira dari parti mana.

Habis kalau bukan PAS tak boleh berhenti merokok?

Maksud saya disini, semua umat islam wajib meninggalkan rokok. Tidak tertakluk kepada mana mana parti.

Nasihat yang diberikan oleh Nik Aziz itu adalah baik. Tiada salahnya kita ikut sesuatu yang baik walaupun orang yang memberikan nasihat itu tidak berapa baik orangnya.

KATAKAN TAKNAK KEPADA ROKOK.

Anonymous said...

Katakan TIDAK KEPADA ROKOK


http://www.nst.com.my/Friday/National/2485008/insidepix1

PAPA GOMO said...

SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

Tai said...

Ya, katakan tidak pada rokok.