Geng Bas Sekolah

March 9, 2009

Retorik Semata Mata


Setiap ahli politik sering mengamalkan retorik ataupun "kata kata". Pihak pembangkang selalu mencanangkan UMNO dan BN hanyalah sebuah parti yang hanya pandai "retorik" tetapi mereka lupa bahwa pemimpin agung mereka juga merupakan seorang pemidato yang handal. Ini menunjukkan pemimpin mereka juga pandai "berkata kata".

Anwar telah berucap disebuah majlis di Shah Alam sempena setahun kejayaan PR. Seperti biasa, Anwar akan berucap berapi api untuk menaikkan semangat juang dan memperingati tsunami politik yang melanda BN.

Dan juga seperti mana mana ahli politik lainnya, setiap yang dilafazkan bukanlah boleh dipercayai seketul seketul. Dah namapun retorik, sudah tentulah lebih angin dari isi, lebih tulang dari daging.

Adalah teks ucapan yang anda boleh baca di laman web beliau sendiri (aku malas nak link). Setiap ucapan hanyalah ucapan. Dan aku sememangnya boring mendengar dan menyampaikan ucapan. Bagi aku, adalah lebih mudah bercakap dari bekerja. Semua orangpun boleh bercakap, boleh berjanji tetapi adakah setiap apa yang janji akan ditepati?

"Ketuanan Rakyat" tapi apa yang aku lihat hanyalah mempergunakan rakyat untuk cita cita sendiri. Rakyat digunakan untuk menjatuhkan UMNO dan kini Raja Raja Melayu serta kesucian agama Islam.

Dahulu dialah yang menyebabkan berlakunya rusuhan mahasiswa kononnya berlaku kebuluran di Kedah. Dan kini dia mengulangi tindakan yang sama. Kali ini dia menggunakan rakyat untuk menghancurkan negara.

Mengapa kini rakyat begitu mudah diprovokasi terutamanya orang melayu. Orang melayu sekarang begitu lemah iman sehingga mempercayai kata kata fitnah. Malah membenarkan nama Allah s.w.t digunakan oleh penganut kristian.

Sempena Maulidur Rasul ini, aku mengajak kepada seluruh umat islam untuk bersatu menghadapi pancaroba yang melanda negara ini. Bersatulah sebelum terlambat. Bersatulah sebelum orang melayu dan Islam hancur dan terusir dari negara Malaysia ini.

5 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Saudara,

Apa yang pasti, terlalu banyak "kecelaruan" pemimpin yang "memeningkan" rakyat!!!

hahahahaahahahaha!!

Selalu gelak, bila pemimpin bertelagah dengan emosi yang membodohkan diri sendiri!!!!
Kadangkala malu, bila tengok PARLIMEN da macam medan laga ayam!!!

Anonymous said...

tau takpe..moral ahli politik sekarang tak ubah seperti artis..ahli politik sepatutnya menjadi pemimpin..menunjukkan contoh tauladan yang baik..

bungaraya said...

Artis VS politik dalam Malaysia khasnya politician PR selayaknya memgang peranan pelakon dalam MAJALAH MESRA/JEJAKA sekitar tahun 1970an. Ketika itu aku masih muda remaja.

Anonymous said...

Anuar perosak bangsa memang pandai bercakap tapi org pas dan pkr sahaja yg dengar pasal dia org dah takboleh berfikir dgn waras kerana taksub pada nuar juburi

Tai said...

Yb, cuba ke http://www.besiwaja.blogspot.com/ blog orang buta. Cuba baca ulasan dan komen mereka tentang penggunaan Allah bagi bukan islam.