Geng Bas Sekolah

March 31, 2009

Puak Pelampau Berebut Masjid

Seperti yang diketahui, apabila tiba musim pilihanraya, mesti ada puak puak pelampau yang mahu mencemarkan kesucian Masjid dan surau. Seolah olah tiada tempat lain mahu meraih undi politik dunia.

Macam biasa, UMNO mengadakan majlis tahlil di sebuah masjid di Bukit Gantang dan ia turut dihadiri Nizar. Nizar dikatakan mahu merampas microfon dan berceramah politik sebelum masuk waktu isyak. Walaubagaimanapun tindakannya dihalang kerana makmum masjid mahu meneruskan majlis tahlil.

Aku tak faham mengapa masih ada umat islam yang biol kepalanya. Kenapa rumah Allah direbut untuk menyebarkan fahaman politik? Dah tak ada tempat lain ke nak meraih undi? Bila dah mula bersyarah politik, mesti ada sesi fitnah memfitnah, kutuk mengutuk kepada pihak lawan.

Inilah yang aku tidak mahu apabila Masjid atau Surau menjadi medan politik. Masjid dan Surau harus bebas daripada mana mana pengaruh politik. Masjid dan Surau adalah tempat beribadat, tempat penyatuan umat islam. Bukannya menjadi tempat perpecahan umat islam.


Gambar Awek ini Sekadar Hiasan

4 comments:

jatiseterus said...

Tolong dapatkan maklumat yang betul sebelum buat tuduhan. Jangan tengok sebelah pihak sahaja. pergi tanya siapa yang sembahyang disitu.

Adakah Nizar yang rampas atau Nizar ditawarkan menjadi Imam.Jika Nizar merampas tak kan Zambri tak bangkit ambik balik?

Anonymous said...

Janganlah dalam masjid pun nak berbohong dan membuat fitnah. Rakyat semua dah tahu apa yang terjadi di dalam masjid tersebut. Beramallah keranaa Allah. Sambutlah tangan yang dihulurkan kepada kita atas dasar persaudaraan sesamaa Islam. Jangan menmeninggikan suara dalam masjid dengan bahasa yang kasar.

Tai said...

Biasalah YB, mereka tu, maksum. mereka buat, semuanya betul.

Wong Pencen said...

"Bila dah mula bersyarah politik, mesti ada sesi fitnah memfitnah, kutuk mengutuk kepada pihak lawan."

Mengapa begitu? Mengapa mesti ada fitnah? Mengapa mesti mengutuk? Tidak adakah pemimpin politik yang mampu berdiri dan menang di atas kekuatan sendiri.

Mengapa perlu menjatuhkan orang lain. Mengapa perlu merendahkan orang lain baru diri sendiri nampak tinggi.

Mengapa perlu memburukkan orang lain baru boleh kelihatan baik. Tidak adakah atau tidak cukupkah kekuatan sendiri untuk menarik perhatian dan memenangi hati pengundi.

Jika beginilah keadaannya, memang benarlah Malaysia kini menghadapi masaalah kepimpinan yang amat serius. Sebuah negara yang berpuluh juta penduduknya, dengan majoriti berugama Islam tetapi menghadapi masaalah tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa?

Apa punca semua ini? Di mana silapnya?