Geng Bas Sekolah

December 21, 2008

Nasib Akhbar Melayu

Aku tertarik kepada suatu artikel yang disiarkan di Mingguan Utusan tadi. Akhbar melayu kini dikatakan berada didalam keadaan "genting".

"Jualan akhbar Melayu secara kolektifnya (Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Minggu, Berita Harian, Harian Metro dan Kosmo) mencatatkan sekitar 1.4 juta naskhah sehari atau purata pembaca sebanyak 8.5 juta sehari. Sementara akhbar berbahasa Cina yang terdiri daripada Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh, China Press dan Guang Ming Daily mencatatkan purata edaran lebih kurang 900,000 naskhah sehari atau 2.5 juta pembaca. "

Untuk memperbaiki masalah ini, kita haruslah kembali kepada masalah "Bahasa Kebangsaan". Ini semua terjadi kerana ramai dikalangan rakyat terutama bukan bumiputera beranggapan bahasa melayu adalah bahasa kelas kedua.

Mereka lebih senang bertutur didalam bahasa ibunda mereka mahupun inggeris. Malah kini ramai dikalangan anak muda melayu terutama dibandar bandar besar lebih selesa membeli akhbar serta bertutur didalam bahasa inggeris berbanding bahasa sendiri.

Sikap orang melayu yang tidak mahu menyokong akhbar berbahasa sendiri membawa padah sehingga berlakunya tragedi penutupan akhbar melayu jawi kira kira enam tahun lalu.

Selain itu nasib akhbar turut dipengaruhi oleh media pengiklanan. Banyak syarikat syarikat besar tidak berminat membeli iklan di akhbar melayu kerana beranggapan orang melayu kurang kemampuan untuk membeli barangan mereka. Hal ini boleh dlihat dengan membandingkan akhbar melayu seperti utusan, berita harian dengan akhbar inggeris seperti the star dan malay mail.

Kita boleh melihat iklan dari muka surat pertama sehinggalah ke muka surat terakhir sedangkan diakhbar melayu agak susah untuk kita melihat iklan melainkan dimusim tertentu seperti perayaan. Selain itu ketebalan muka surat dan informasi yang terdapat di akhbar berbahasa inggeris juga melebihi akhbar melayu.

Pada pandangan aku, kitalah sebagai orang melayu yang harus memikul tanggungjawap untuk menaikkan semula akhbar berbahasa melayu serta mengikis pandangan akhbar bahasa melayu hanya untuk orang melayu. Sedangkan ianya adalah untuk seluruh rakyat malaysia. Bukan untuk kaum kaum tertentu.

Ada banyak cara untuk menyelesaikan masalah ini seperti:
  • memperbanyakkan berita tentang masyarakat kaum lain seperti cina, india dan lain lain
  • Ketengahkan juga berita artis artis mereka selain dari artis melayu sendiri.
  • Tarik minat syarikat bumiputera dan asing untuk membeli iklan diakhbar melayu dengan menurunkan harga ruangan iklan.
  • Berikan lebih banyak informasi berguna selain daripada cerita politik melayu semata mata.
  • Berikan ruangan untuk penulis penulis bangsa lain diakhbar melayu dengan syarat menulis menggunakan bahasa melayu.
Ini antara contoh yang boleh aku berikan. Tetapi aku yakin ramai blogger diluar sana yang mempunyai idea yang lebih bernas dari aku. Diharap kita bersama sama menaikkan semula martabat akhbar bahasa kebangsaan.

P/S: Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu.

4 comments:

Tai said...

YA BETUL. sUATU CADANGAN YANG HEBAT. dAN NAK TAMBAH SIKIT. pOLITIK PELBAGAI KAUM JUGA HARUS DIKETENGAHKAN.

Bloggers Pembela Negara said...

Salam ziarah !!

Semoga perjuangan menyatukan umat Melayu Islam ; Umat Rasulullah menjadi asas perjuangan !!

Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

selamat berjuang !!

Jeepers Creepers said...

Betul saudara sedingin salju. Bukan setakat isu pendidikan, malah akhbar juga memainkan peranan penting didalam menyatukan masyarakat malaysia.

Terima kasih BPN kerana sudi datang.

Tai said...

Orang Malaysia tak kira apa bangsa, mestilah menghormati bahasa kebangsaannya Malaysia.