Geng Bas Sekolah

November 7, 2008

Yoga & Gadis Pelarian

Disana sini orang bercerita tentang Obama. Baik dikedai kopi *sama ada starbuck atau tepi jalan*, di masjid mahupun dipejabat. Didalam dunia internet ini, lagilah banyak ceritanya. Bermacam kisah boleh dibaca. Segala tentang Obama habis diselongkar.

Justeru itu saya tidaklah mahu bercerita tentangnya. Lagipun saya dan Obama itu bukannya ada apa apa hubungan so buang masa je berceloteh tentangnya. Jadi lebih baik saya tumpukan perhatian kepada negara sendiri. Ada perkara menarik yang bakal diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu adakah yoga bercanggah dengan islam dan mungkin diharamkan?

Semua orang maklum yoga memang berasal dari agama Hindu. Cuma yang dipelajari oleh masyarakat islam dinegara ini hanyalah gerakan badan dan pernafasan. Mereka yang benar benar berlatih yoga akan mengosongkan minda sementara mereka yang hanya mengangap yoga sebagai senaman hanya melakukan pergerakan badan.

Selain itu, kita turut didedahkan banyak wanita kita dibawa ke Lambok. Apa nak jadi dengan masyarakat dinegara ini? Seolah olah sudah menjadi drama gadis yang dilarikan itu terpaksa dibawa pulang oleh kerajaan serta NGO.

Apa yang dipandangnya kepada orang Lombok sayapun tak tahu. Jika kerana cinta semata mata, adalah sukar untuk dipercayai. Namun saya pasti ianya turut melibatkan penggunaan makhluk halus. Kalau tidak, masakan begitu mudah mereka mengikut ke Lombok ditambah pula dengan berita yang disebarkan dimedia cetak dan elektronik. Sudah pastinya mereka tahu tentang perangai lelaki Lombok, keadaan ekonomi yang teruk. Jika mereka berfikiran waras, semestinya mereka tidak akan ikut.

Kepada ibu bapa, waspadalah dengan siapa anak anda berkawan. Bukannya saya hendak memburukkan orang Lombok, tetapi sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak anak kita. Ingatlah susah macam manapun hidup kita, biarlah ditanah air sendiri. Jangan sesekali kita merempat dinegara orang.

Renung renungkan dan selamat beramal.

No comments: