Geng Bas Sekolah

November 20, 2008

Media Indonesia sifatkan kerajaan Malaysia responsif

Sebuah akhbar perdana tempatan menyifatkan kerajaan Malaysia cukup responsif kerana menurunkan harga minyak sebanyak lima kali dalam tempoh empat bulan.

Berita utama Media Indonesia melaporkan penurunan harga runcit bahan bakar itu berikutan kejatuhan harga minyak mentah dipasaran dunia merosot di bawah paras AS$60 setong.

Akhbar itu menyatakan tindakan pemerintah Indonesia untuk menurunkan harga bahan bakar agak "lamban" atau perlahan.

Indonesia mengumumkan untuk menurunkan harga minyak petrol sebanyak 500 rupiah atau kira-kira 18 sen berkuat kuasa 1 Disember depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2 seliter daripada RM2.15, RON92 menjadi RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05.

Pada masa ini, harga runcit petrol premium di Indonesia dijual pada harga 6,000 rupiah (RM2) seliter.

Sementara itu, Dewan Perdagangan dan Perindustrian Indonesia terus mendesak agar pemerintah segera menurunkan harga solar bagi meringankan beban pengusaha kecil dan sederhana serta pengusaha pengangkutan awam.

No comments: