Geng Bas Sekolah

September 22, 2008

Minyak dan Nilai Ringgit

Sambungan dari SUKNS

Terdapat ura ura *bukan kura kura* yang menyatakan harga minyak akan turun menjelang raya aidilfitri nanti. Itupun sekiranya harga minyak dunia kekal di bawah paras AS$100 (RM340) setong. Pada Ogos lalu kerajaan kita yang prihatin telah menurunkan harga petrol dan diesel dari lapan sen hingga 15 sen seliter apabila harga pasaran dunia menurun sehingga AS$110 setong.
Berdasarkan kedudukan harga minyak di pasaran dunia sekarang, tidak mustahil harga seliter petrol dapat diturunkan sehingga 30 sen. Namun adakah Kerajaan Pak Lah benar benar akan menurunkannya?

Tentang itu sekiranya Pak Lah pandai mengambil peluang, dia mungkin boleh mendapatkan sokongan rakyat dengan menurunkan harga minyak. Jangan asyik mengatakan "kita akan menkajinya dahulu". Bila nak naikkan harga, langsung tak sebut nak buat kajian. Tup tup terus pecah berita menyatakan minyak naik. Itu sebablah rakyatpun terus naik minyak.

So aku harap kerajaan akan menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang mengalami pelbagai masalah kenaikan harga barang termasuk bahan bakar dengan menurunkan harga petrol dan diesel menjelang hari raya.

Soal tambatan ringgit juga boleh mengancam ekonomi negara kita. Datuk Seri Najib Tun Razak baru mencadangkan pelaksanaan semula sistem tambatan ringgit akan dibincangkan dalam taklimat khas Kementerian Kewangan.

Itupun setelah cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara. Bekas Perdana Menteri itu berkata, "nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia".

Adakah selama Pak Lah menjadi menteri kewangan, dia terlepas pandang perkara ini? Kalau macam inilah, memang rosak binasalah negara kita. Semoga Allah menjauhkan segala bencana dari negara kita ini hendaknya.

No comments: