Geng Bas Sekolah

September 30, 2008

Habuan Seks Seperti Sedekah ?


Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini telah dipecat oleh Kerajaan negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar berkata, arahan melucutkan jawatan Zul yang juga seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikeluarkan pada Jumaat lalu.

‘‘Ini adalah keputusan kerajaan negeri setelah dia mengaku mendapat habuan seks wanita China menerusi seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah pada 14 Ogos di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

‘‘Mereka tidak lagi layak untuk menjadi ahli majlis di bawah kerajaan pakatan pembangkang dan kita mahu dia meletakkan jawatan secepat mungkin.”

Zul Hassan turut mengeluarkan kenyataan ‘‘Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ merujuk kepada perbuatan zinanya telah menyebabkan menaikkan kemarahan orang islam. Malah mufti perak sendiri, Datuk Seri Harussani Zakaria menyelar kenyataannya. Beliau meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal. Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin,"

Begitulah akhlak segelintir ahli PKR. Sehingga sanggup menyamakan zina seperti sedekah. Tahniah YB ucapkan kepada pengikut pengikutnya kerana memilih beliau sebagai ketua anda.

No comments: