Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) membidas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), agensi kerajaan yang dituduhnya sebagai keterlaluan mempertahankan nama Allah daripada dipakai oleh bukan Islam di negara ini.
Rev. Dr. Eu Hong Seng (anak panah) ketika bertemu Anwar di Gereja Luther, Petaling Jaya pada Januari 2010. Turut hadir, Bishop Phillip Lok dari Lutheran Church di Malaysia & Singapore (kiri), Bishop Ng Moon Hing dari Anglican (baju warna ungu pakai salib) dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik (kanan)
Pengerusi CFM, Rev Dr Eu Hong Seng dilaporkan The Malaysian Insider hari ini merujuk terhadap satu khutbah Jumaat yang ditulis JAKIM yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu.
“Kami merujuk kepada satu program televisyen iaitu tuduhan yang dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian untuk memurtadkan umat Islam, itu adalah tidak benar dan tidak berasas serta khutbah Jumaat rasmi ditulis Jakim yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Rev Dr Eu, khutbah Jumaat itu tidak mengikut fakta sebenar sebaliknya mengikut emosi.
“Pemerhatian sepintas lalu ke atas tuduhan dan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa mereka bertindak mengikut perasaan tanpa berlandaskan fakta,” katanya. - AIDC

No comments:
Post a Comment