Geng Bas Sekolah

August 25, 2013

PENGGANAS TEMBAK RAKYAT UNTUK BALAS DENDAM


Enam pelanggan lelaki sebuah kopitiam di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini nyaris maut selepas dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal melepaskan tembakan secara rambang malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kongsi gelap itu, kesemua mangsa sedang minum sebelum muncul dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua suspek itu kemudian melepaskan beberapa das tembakan secara rambang ke arah pelanggan sehingga mengenai enam lelaki berusia 20 hingga 50 tahun sebelum melarikan diri.

"Dua tembakan mengenai dua lelaki di bahagian rusuk dan punggung manakala empat lagi mangsa mengalami luka-luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru," katanya ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi ini.

Perkara yang aku jangkakan sudahpun terjadi. Memang pada mulanya gengster ni tembak sesama sendiri. Tapi bila polis masuk campur, mereka akan bertindak balas. Masalahnya mereka takkan berani tembak polis sebaliknya tembak orang awam.

Aku setuju dengan operasi polis gempur penjenayah tetapi sebenarnya punca untuk mengatasi masalah ini adalah PENCEGAHAN. Itu sahaja ubat yang paling mujarab. Tapi malangnya ada orang politik yang mencari political milage MEMANSUHKAN PENCEGAHAN.

Dan sekarang orang awam yang menjadi mangsa. Tunggu lah tak lama lagi mungkin akan ada kes bom kereta meletup ditengah orang ramai. Segalanya tidak mustahil.

No comments: