Yuktes Vijay mendakwa bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi Perdana Menteri (PM) kerana hanya pakar dalam politik persepsi.
“Cara Anwar berpolitik memang senang, kalau ada isu, create another isu lain. Klasik, cerita zaman lama.”
Anwar didakwanya suka mencipta isu untuk menimbulkan persepsi. Dari isu pengundi hantu, warganegara Bangladesh hingga isu blackout, semuanya dicipta Anwar, walaupun sehingga ke hari ini tidak dapat dibuktikan dengan fakta segala dakwaannya itu.
Siapa Nallakaruppan ? Main tenis pun kena masuk penjara ke ? (ketawa). Saya tak tahulah, tapi dia dapat nama ‘bapa ayam’. Ini logik orang kita, dia panggil Nalla, ‘bapa ayam’ tapi Anwar orang baik. Habis tu, dia (Nalla) supply women pada siapa, kalau dia ‘bapa ayam’ ? Dia kawan siapa ? Dia kawan Anwar lah. Kalau macam tu, dia dipanggil ‘bapa ayam’, maka Anwar orang yang gila seks lah.
Pelik orang kita berfikir, Anwar baik, tapi Nalla tidak, logik ke ?.
Blackout..masa kira undi, ada orang Pakatan, ada orang BN di situ. Kalau peti undi boleh bertukar, orang awak kan ada. Tiga pihak ada di situ, Pakatan, BN dan pemantau (Bersih). Bersih tu orang siapa ? Dasyhat betul lah BN boleh tukar peti undi, macam Spiderman. Kalau macam tu Raja Nong Chik menanglah.
Ini satu lagi persoalan yang orang tak suka tanya. Anwar umum pada pukul 6.57 petang, dia tweet kata Pakatan dah menang. 1,200 orang bodoh retweet itu. Percaya bulat-bulat apa yang Anwar tweet.
Simple kan ?..Pukul 5 pengundian ditutup, kena seal, (peti undi). Kita ambil minima tiga peti undilah diseal, dalam 10 minit dan lepas tu awak kena tandatangan, wakil Pakatan dan BN. Lepas itu, peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi, kita agak lebih kurang 20 minitlah.
112 kerusi awak boleh boleh kira dengan pantas ke? Dalam satu jam awak boleh kira undi ke. Kalau saya tanya, kata itu spin. Tapi, kalau Anwar cakap, mereka tak tanya logik.
Artikel saya (tulis), orang tanya mana bukti. Bukti saya adalah logik. satu jam awak boleh kira 112 tempat undi ke? Proses pengiraan pun bukan senang, angkat undi, buka, tunjuk..wakil BN..wakil PR ada, masing-masing kena bersetuju. Boleh ke nak kira 112 tempat dalam masa satu jam ?. Boleh ke peti undi sampai pada masa yang sama ?
Kalau betul-betul ada 40,000 Bangla, kenapa dia tidak gesa buat RCI. sebelum ini, semua dia gesa buat RCI. Isu kematian Teoh Beng Hock, video VK Linggam. Kenapa 40,000 Bangla dia tidak gesa buat RCI ?
Betapa bodohnya dia, PTPTN tu dibentang di depan muka dia. Dia PM masa tu. Tengok hansard Parlimen, dia pemangku PM selama 3 bulan, Tun Mahathir kat luar negara masa tu.
Rafizi kata, Anwar Menteri Kewangan terbaik di dunia. Jika betul, kenapa masa itu awak tak bagi pendidikan percuma ? Tiba-tiba sekarang ni nak buat pendidikan percuma, mengarut.
Semua orang ingat Anwar masuk penjara kerana kes liwat. Dia masuk penjara 5 tahun bukan sebab liwat tapi sebab korupsi, salah guna kuasa.
Kaji betul-betul, masa dia pemangku PM, berdasarkan cerita-cerita yang diberitahu oleh ‘seseorang’ kepada saya, masa itu dia gubal akta anti-rasuah. Dulu kalau ditangkap awak boleh pilih untuk berdiam diri. Tapi dia ubah, kena tangkap kena cakap. Mangsa pertama siapa ? Dia lah (ketawa).
Dia orang pertama ditangkap di bawah akta yang dia gubal yang asalnya untuk kepentingan politik menumbangkan Tun Mahathir.
Dia cakap UMNO korup. Tapi dia tu dari mana ? Dalam sejarah UMNO, 8 bulan saja dia dah jadi Ketua Pemuda. Ini sejarah, ini telah berlaku dan tak boleh diubah. Kalau UMNO korup, macam mana dia boleh jadi seorang Ketua Pemuda dalam masa 8 bulan ?
Sumber : pisau.net

No comments:
Post a Comment