10 pandangan Dato Seri Noh Omar mengenai UMNO Selangor yang pada aku ianya juga perlu diambil berat oleh semua pihak. Dan ada masalah masalah ini juga terdapat di UMNO cawangan aku. Jika semua isu ini diambil kira dan lakukan pembaikan, UMNO akan bangkit dan kukuh semula seperti dahulu.
1. Cabaran cukup besar kalah kali kedua
"SAYA rasa insaf bahawa pelantikan ini (sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor) bukanlah jawatan glamor. Tetapi penuh cabaran untuk menghadapi pembangkang. Tanggungjawab ini cukup berat namun saya yakin dalam politik tidak ada perkara yang mustahil untuk bangkit kembali. Bagi saya UMNO terletak pada kekuatan akarnya iaitu cawangan. Ketika ini terdapat 2,400 cawangan di Selangor. Maka, mesyuarat cawangan mesti dilihat menampilkan suatu perubahan parti di akar umbi. Syaratnya mesyuarat cawangan ini mesti diuar-uarkan dan berada dalam ingatan rakyat.
2. Elak jadi 'cawangan bunian'
"UNTUK memperkuatkan cawangan, kita kena akui untuk tidak boleh tipu diri sendiri. Misalnya kalau sesuatu cawangan itu 'cawangan bunian', kita akan tahu bahawa ahli-ahlinya ada tetapi tidak duduk setempat dan bersepah. Risikonya jika itu 'cawangan bunian', ia tidak akan dapat bantu parti dalam pilihan raya sebab jenteranya (ahli) memang tidak ada.
Contohnya di Keramat. Katakan lorong Keramat di situ ada tiga cawangan dan sebuah surau. Masalahnya, apabila timbul soal peruntukan, ketiga-tiga ketua cawangan tadi akan serentak berkehendakkannya. Apabila datang suatu kumpulan ke cawangan asal, kita dapati bilik gerakan pun tiada sebab ahli-ahli parti bersepah-sepah.
Dengan syarat tubuhkan cawangan mesti 50 ahli, maka apabila datang mesyuarat, 30 daripada 50 ahli tadi mestilah memang tinggal di situ. Masalahnya, ketua cawangan pun tidak duduk di situ. Kalau benar-benar cawangan itu tidak wujud, tak mengapa kali ini tetapi setelah persidangan perwakilan bahagian, kena susun balik.
Bagi saya, cawangan-cawangan ini dalam KPI (Petunjuk Prestasi Utama) saya - mesti diperbanyakkan. Setiap taman dan blok-blok perumahan perlu ada sekurang-kurangnya satu cawangan dianggotai 50 orang.
Setakat ini, ini ada 30,000 ahli UMNO di Selangor. Tapi di mana mereka? Kalau satu cawangan ada 500 ahli tapi bila nak bermesyuarat nak cari 200 ahli pun susah, buat apa?."
3. Sistem keahlian mesti diperbetulkan
"BAGI ahli-ahli yang tidak aktif, ini bermakna sistem keahlian mesti diperbetulkan. Cuma masalahnya, ramai yang datang jumpa saya kata sudah buat pemutihan. Tetapi yang telah meninggal dunia pun masih ada dalam senarai. Sebab itu kita lihat nama saudara Zulkifli Noordin (ketika itu bertanding tiket PKR pada PRU-12) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) masih ada lagi dalam senarai ahli cawangan UMNO.
Maka dalam hal ini pendaftaran ahli mestilah diperbetulkan dan dikemaskini.
Dan semasa dulu kawasan Pandan, Ampang, Sungai Penchala, Kampung Lindungan di Sungei Way serta Kampung Medan, Kampung Jaya dan Kampung Sentosa di Jalan Klang Lama merupakan penempatan setinggan. Ketika itu ahli-ahli cawangan UMNO di situ boleh mencapai 200 hingga 300 orang. Tetapi sejak berpindah ke rumah-rumah flat, cawangan-cawangan tadi hampir lupus. Jadi, keahlian cawangan mesti diperkemaskan. Kita kena berpijak di bumi nyata.
4. Segerakan kempen tambah ahli.
"KEMPEN penambahan ahli UMNO mesti dijadikan KPI. Kalau cawangan okey, ahli okey, barulah tidak ada masalah. Untuk capai perpaduan, kita kena bergerak dalam satu kapal (berpasukan). Ini masa bukan untuk berbalah. Musuh kita bukan ahli UMNO tetapi pembangkang.
Cuma yang peliknya dalam sesama kita, kita bantai. Tetapi di sana tak pandai nak tepis (isu). Kita kena ke depan sebagai pembela dan penegak kebenaran parti. Pada masa sama menyerang parti-parti (pembangkang). Jangan defensif tetapi ofensif."
5. Hanya satu nakhoda
"DI atas bahtera, masing-masing ada peranannya. Ada yang tugasnya naikkan layar, turunkan sauh dan macam-macam lagi. Jangan pula rela buat semua kerana ini sebabkan kita tak fokus, kacau kerja orang. Kalau asyik kacau kerja orang, maka dalam kapal itu akan adalah 'skil-skil' yang berbeza."
6. UMNO++?
"AMAT penting untuk kita fikirkan bagaimana nak tarik belia dan berpersatuan. Kalau boleh mereka ini (di luar UMNO) akan menjadikan rangkaian parti bertambah. Tapi jika dia pemimpin belia dan dialah juga pemimpin UMNO, maka kita akan cuma berada dalam skala kita sahaja. Di mana katanya UMNO++?
Jadi, kalau UMNO nak menang kenalah capai UMNO++. Lagipun rata-rata individu yang dikatakan sokong pembangkang bukannya ahli parti pembangkang pun.
7. Pantas perbetulkan persepsi
"KITA kena perbetulkan persepsi yang apabila sebut UMNO, dikaitkan dengan rasuah. Selain perbetulkan persepsi ini, kita mesti beritahu rakyat Selangor bahawa pembangkang ini 'berselindung di sebalik wajah'.
Cuma, kadang-kala kita gagal untuk terangkan kepada rakyat isu-isu semasa. Kita gagal 'spin' dengan sesuatu isu tidak sampai ke bawah...sekerat sahaja."
8. Terus 'menyerang'
"SEKARANG kerajaan negeri Selangor seolah-olah berjaya beri gambaran mereka berjaya tambah wang rakyat. Kerajaan negeri dipuji. Tetapi soalnya daripada mana mereka dapat duit dan macam mana dibelanjakan? Contohnya tiga padang golf di Serendah, Templer dan Hulu Langat telah dijual oleh kerajaan negeri dengan harga mencecah ratusan juta ringgit. Apabila dia (pembangkang) jual, pasti dapat duit. Dan selepas jual, akan buat pula projek-projek mewah."
9. Dekati pengundi baharu dan anak muda
"DALAM pilihan raya umum ke-14 nanti, akan ada dua juta pengundi muda di Selangor. Jadi, cara pendekatan mestilah mendekati pengundi baharu. Ketika ini Selangor dilihat macam kekurangan pemimpin. Sebab itu visi saya dalam tempoh lima tahun ini nak beri peluang kepada orang muda yang berkelulusan naik. Antaranya, Datuk
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Budiman Mohd. Zuhdi boleh diketengahkan sebagai pemimpin pelapis negeri.
10. 'Gagal' penamat karier politik saya...
"SAYA ambil ini sebagai cabaran yang akan menentukan masa depan politik saya. Kalau saya gagal dengan cuma meraih keputusan yang lebih teruk lagi pada PRU-14, maka ini menjadi titik penamat karier politik saya. Ini macam 'meletakkan pisau di leher'.
Cuma, saya ingin tekankan bahawa pendekatan politik di Selangor ini agak berbeza. Ia melibatkan sejauh mana UMNO mampu sesuaikan pendekatan berurusan dengan rakyat dalam bandar, semi bandar dan luar bandar. Di luar bandar, isu pembangunan masih menarik perhatian. Keahlian anggota masih di peringkat kampung. Senario Tanjong Karang tidak sama politiknya di bandar. Contohnya, kalau saya rasmi mesyuarat PIBG, saya yakin 95 peratus adalah pengundi saya dan mudah berinteraksi. Tetapi program yang sama di Shah Alam atau Lembah Klang, mereka yang hadir tidak semestinya pengundi di situ.
Dan cabaran untuk meraih sokongan pengundi cukup sengit. Di Selangor, hakikatnya kumpulan pengundinya sama banyak iaitu 49 peratus pengundi Melayu dan 51 peratus bukan Melayu."
2 comments:
Sebaik shj tamat PRU 12 kempen mendaftar pemilih dan dan ahli umno rancak dijalankan. Ajen pendaftar dibayar dgn sedikit saguhati. Semangat golongan muda berkobar-kobar apabila dikejutkan dgn kejatuhan BN Selangor.
Apabila PRU 14 tiba calon dipilih, bukan kem org berkepentingan maka calun-pru dibiar terkontang-kanting sendirian menanti kekalahan.
Kini tiba musim pemilihan UMNO Ketua Cawangan zaman dinasour mula membuat perancangan baru menggelapkan ahli-ahli baru yang inginkan perubahan. Ahli-ahli lama yang ada pada tahun 2008 juga didapati hilang dari senarai ahli dan tidak layak untuk mengundi.
Mungkin selain lesen PKK, CIDB dan MOF lesen Ketua Cawangan UMNO perlu bagi melobi mendapatkan projek-projek kerajaan. Perkara inilah yang membuatkan generasi muda muak dgn UMNO yang mana pemimpin dinasour hanya mementing TEMBOLOK mereka dan kroninya. Semasa PRU 14, semua jentera sukar bergerak kerana peruntukan yg dijanjikan tidak kunjung tiba.
DS Najib perlu tegas dlm perkara ini dalam memastikan UMNO terus relevan kepada bangsa MELAYU.
sdra,mohon izin
Agar tidak di malukan di khalayak umno,saya usulkan Khairi letak jawatan sebelum PAU.
Kalau mau bertanding,make sure PRU 14 ,kj tidak menang.
KJ sudah tak ada aspirasi melayu, dan hanya aspirasi ikutan kepala
bapak kucing.
KJ bolih tubuh parti sendiri .
Presiden parti itu, Ah Jib gong Gor,
KJ bolih pilih sendiri apa jawatan ,sultan ,emperor ,ceasar oxon klab,sahabat
jonathan fan club,Tony ffffff fan klab presiden, dan CEO selaku majikan regina.ex dapster gangstar
umno akan untungi dengan ketiaaadan Ah jib gong,penyokong tegar
Foon Yew High school, dan juga KJ.
KJ semua jawatan wannabe pandai semua serba bolih.
Baru 125 hari makan duit rakyat, lagak sombong takabur lagak angkuh, pem wannabe,ikut ah Jib bapak sekolah vernakular.
gong.
Ah jib Gong,masih tak sedar lagi dan masih umbang ambing kemelayuan nya setakat halwa maskat dan rendang...
KJ pula bidas Utusan Melayu kerana Ah jib tak pernah bidas Utusan.
Ah Jib jenis Devils advocate, arah budak suruhan try test trial lab....campak isu ketengah dan sendiri pandai ulas...lihat isu MAS,suruh idris jala.
Isu disel suruh malik ayam, isu gabung parti, suruh t adnan...pandai devil s advocate ah jib gong.. .
ENDLESS POSSIBILITIES memberi chek kosong kapada Ah Jib
Gong.
maksud endless possibiilties:
1.Tiada sempadan,batasan
2.Tiada komitmen
3.Tiada undang undang
4.tiada sekatan.
5.tiada check and balance.
6.tiada accountability
7.tiada pengawasan.
8.tiada halangan
9.tiada panduan
10.tiada matlamat ,hanya cara saja.ideaolgi open ended
dll.......
bolih di evolve kapada legalised anarchy dan social disorder dan civil
disharmony........
tiada beza dengan PR .....sama aja...
Endless possibillties perlu di bendung,kerana lebih liberal dari liberal.
Atas keselamatan negara.
arjuna waspada
changkat lobak
Post a Comment