Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
November 5, 2012
Nazri Aziz Dicabul Pembangkang
Menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi nampaknya seorang demi seorang pemimpin kanan UMNO ‘diserang’ pembangkang.Sebelum ini, ke tiga-tiga Naib Presiden jadi sasaran ‘ character assassination’ mereka.
Datuk Seri Zahid Hamidi dengan isu pembelian aset kententeraan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam isu pendatang asing dan peningkatan kadar jenayah manakala Datuk Seri Shafie Apdal dikaitkan dengan aktres Zahida Rafik membabitkan pemberian sejumlah wang.
Turut jadi mangsa Ketua Wanita UMNO dalam isu NFC sehingga memaksa Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil melepaskan jawatan menteri.
Itu tidak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datuk Seri Rosmah Mansor yang berterusan diserang dan ditohmah pembangkang terutama dalam kes kematian Altantuya Shaariibuu.
Cuma Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin terselamat daripada serangan pembangkang sejak pakatan PKR,DAP dan PAS berusaha bersungguh-sungguh mahu merampas Putrajaya.
Khairy tidak terjejas kerana sudah puas diserang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri manakala pembangkang melihat puteri UMNO pmpinan Rosnah bukan ‘bahaya’ besar yang boleh menyekat perjuangan mereka.
Terbaru, pemimpin UMNO paling kanan dalam Kabinet, Datuk Seri Nazri Aziz didedahkan kononnya ada kaitan dengan tokoh perniagaan balak Michael Chia apabila kenderaan mewah milik tauke itu dikatakan digunakan oleh anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Kenapa Nazri?...Itu persoalan beberapa pihak selepas isu Chia yang dikaitkan dengan Nazri didedahkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di lobi parlimen, Khamis.
Bagi mana-mana pihak yang mengikuti perkembangan politik dan kabinet kerajaan, Nazri adalah hirarki paling kanan selepas Najib dan Muhyiddin.
Dalam UMNO pula, Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi parti juga pemimpin kanan selepas Zahid, Shafie dan Hishammuddin.
Selepas menyerang Najib, ketiga-tiga Naib Presiden dan Shahrizat, cara terbaik jika aspek peperangan digunapakai, menyerang Nazri dianggap boleh melemahkan ‘panglima-panglima’ di sekeliling Najib sama ada sebagai Presiden UMNO mahupun Perdana Menteri.
Pembangkang tahu, Nazri antara pemimpin UMNO penting dalam kabinet dengan jawatan sekarang.
Sesiapa yang kerap berada di Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat tahu bagaimana peranan Nazri dan tanggungjawab beliau ‘mematahkan’ macam-macam serangan ahli parlimen pembangkang terutama dalam isu membabitkan Jabatan Perdana Menteri.
Nazri juga menteri bertanggungjawab kepada portfolio undang-undang terutama kepada Jabatan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhajaya Pilihanraya (SPR).
Pemimpin pembangkang tahu Nazri selalu berjaya mematahkan hujah dan tuduhan pembangkang di Dewan Rakyat malah ahli Parlimen Padang Rengas itu yang selalu dipanggil ‘Cheif ’ dianggap ‘tembok kebal’ yang sukar digoyah pembangkang.
Tidak hairanlah apabila sebelum ini juga cuba dikaitkan kononnya dalam isu pergaduhan anaknya dengan penyelia keselamatan sebuah kondominium.
Pembangkang juga turut mengaitkan anak Nazri dengan kes kematian seorang pemuda pada 2004.
Ini bermakna, bukan kali pertama ‘character assassin’ dilakukan terhadap Nazri. Bagaimanapun, Nazri tidak juga ‘ tumbang’tumbang’ walau asakan demi asakan oleh pembangkang.
Apa yang pasti, pembangkang sudah menggunakan taktik kotor apabila merakam aktiviti Nadim, anak Nazri yang dikatakan memandu kenderaan jenis Hammer milik Chia.
Rakaman gambar dan video ditayangkan Rafizi jelas menunjukkan pembangkang sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai tujuan mereka bagi menjatuhkan panglima-panglima sekitar Najib bagi memudahkan
mereka pada PRU ke 13 nanti.
Pembangkang bukan sahaja mahu menjatuhkan Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hishammuddin, Shahrizat dan Nazri tetapi pemimpin Sabah dan Sarawak yang jadi peti simpanan tetap BN setiap kali pilihanraya.
Lihatlah bagaimana mereka menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berkaitan kekayaan dan tanah yang dikatakan luas miliknya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pula dikaitkan dengan kes rasuah balak serta penyalahgunaan wang rakyat dan terbaru wang RM40 juta milik Chia yang diberikan kepada UMNO negeri itu.
Berbalik isu Nazri, pembangkang menggunakan sebutir peluru untuk menumbang beberapa ramai musuh mereka.
Selain mahu memalitkan arang ke muka Najib dan Nazri, pembangkang dalam masa sama mahu isu itu turut menimbulkan kebencian rakyat kepada Musa Aman.
Inilah politik matlamat menghalalkan cara yang dipraktikkan pembangkang Malaysia.
Mereka bukan lagi mahu jadi pembangkang yang memberi kritikan dan teguran membina kepada kerajaan seperti pembangkang di negara Barat tetapi impian sebenar mereka semakin jelas mahu menjatuhkan kerajaan.
Peliknya, jika ada pendedahan babitkan pembangkang, mereka akan menuduh UMNO dalang sedangkan orang ramai tahu yang mendedahkan rakaman lelaki mirik Anwar Ibrahim adalah Datuk Eskay Abdullah – teman rapat Ketua Pembangkang itu.
Malah, yang heboh mengatakan Anwar ada hubungan intim dengan Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah Datuk S.Nalakaruppan – teman rapat Ketua Umum PKR itu.
Bahkan yang mendedahkan Anwar dengan tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan orang lain malah pembantu Anwar sendiri yang sanggup bersumpah laknat mengakui perbuatan jijik yang dilakukan terhadapnya.
Dengan pendedahan terbaru Rafizi itu, jelaskan politik pembangkang semakin cacamarba. - GR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment