Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
November 3, 2012
Natang Berok Gapo AES Tu ?
Sejak akhir akhir ni banyak betul komplen pasal natang AES ni. Dari yang duduk kampung pakai air perigi, sampailah ke orang yang duduk atas kondo.Itu belum campur lagi pengguna bas sekolah, pengguna teksi, mat rempit dengan penunggang fixie. Rata rata dok mengutuk AES.
Kalau puak PR pulak, tak payah di tanya. Memang sah awal awal lagi dorang dah bantah. Apa saja cadangan Kerajaan, puak ni memang akan bantah kaw kaw. Bab puak PR tu biasalah semua orang dah kenal sangat.
Tapi tak boleh blah bila puak Pemuda UMNO pun sama dok bantah. Bila dah dekat PRU je, mesti ramai pendekar tempang cuba nak jadi hero. Pendekar tempang ni bukan apa, cuma nak cari political milage je. Nak naikkan nama sebelum PRU. Mana tahu lepas PRU boleh jadi Menteri pulak.
Kalau mengikut cakap pakcik Menteri Pengangkutan, AES ni bertujuan untuk mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.
Sebanyak 14 lokasi maut yang disenaraikan berada di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dan bakal beroperasi di di 831 lokasi di seluruh negara. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), lokasi maut berkenaan ditentukan mengikut tahap keparahan akibat kemalangan berlaku dalam tempoh 2007 hingga 2010.
Menteri ni juga mendakwa pemasangan AES berjaya mengurangkan kadar kemalangan di antara 40 sehingga 60 peratus di 90 buah negara. Pihak kerajaan telah menjalankan kajian selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan di negara ini.
Perghh lama tu 10 tahun buat kajian. 10 tahun tu kalau budak, dah masuk darjah 3. Tapi sekarang dengar khabar, pak Menteri dah goyang bila ramai yang bantah. Seorang sahabat aku, STB ada menulis :
Sejak Pemuda UMNO bergabung mendesak kerajaan untuk menangguhkan AES, dalam twitter mereka dihentam teruk oleh twitter pro-BN. Pemuda dikritik kerana ingin menjadi populist. AES merupakan isu keselamatan. Kelajuan membunuh dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkannya.
Jika benar AES tidak baik untuk rakyat Malaysia, mengapa minta tangguhkan? Saya cadangkan AES supaya dibatalkan terus. Sebagai rakyat Malaysia sudah sudah mula muak dengan poli-tikus yang mempolitikkan segalanya. - STB
Hahaha nampak tak game dia ? Kalau betul AES ni baik, kenapa pak Menteri dah goyang nak laksanakan AES ? Ramai yang minta AES dikaji semula. Kalau dah 10 tahun buat kajian, nak kaji apa lagi pulak lepas ni? Nak tunggu berapa tahun pulak kajian tu terperap baru nak guna sistem tu?
Kalau di tanya pendapat aku pula, AES ni sebenarnya bagus untuk memantau pengguna jalanraya kat Malaysia ni. Tetapi biasalah manusia, hukum Allah pun mereka langgar, berzina tak kira anak bini orang, meliwat jantan betina selamba je, inikan pulak undang undang jalanraya. Lagilah mereka buat taik. Jadi terpulanglah pada seseorang itu sendiri untuk mentafsir apa kebaikan AES ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment