Geng Bas Sekolah

February 6, 2012

Anwar Ibrahim Zalim - Punk Rock Jalanan

Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.

Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini.

Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).

Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa. - Sumber klik sini


Pakcik Anwar yang menekan pelajar dengan kadar caj yang tinggi tetapi sekarang dia kata tu orang lain punya kerja. Hello dulu jadi Menteri Kewangan orang tua ni sebat duit rakyat sampai tak ingat dunia. Bila dah kantoi dia tuduh orang lain yang zalim pulak. Masuk air betullah pakcik Anwar ni hahahaha.

Ok STOP. Aku nak buat homework dulu. Cikgu ni pun satu bagi homework berlambak. Tapi aku tak tuduh cikgu zalim macam pakcik Anwar >(^__^)<.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: