Kebanyakan penduduk di Selangor mendesak kerajaan negeri menyelesaikan segera masalah sampah yang dihadapi mereka sejak beberapa bulan lalu.
Walaupun banyak aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan, mereka mendakwa, sehingga kini masalah itu masih berterusan dan gagal diselesaikan dengan baik.
Seorang penduduk di Petaling Jaya, Muhammad Razi Abdullah berkata, dia semakin putus harapan dengan sikap ditunjukkan oleh pihak terbabit yang seolah-olah ‘lepas tangan.’
“Jika dahulu sampah diangkat mengikut jadual, tetapi sekarang keadaan jauh berbeza.
“Pernah dalam masa seminggu, hanya sekali lori datang untuk memungut sampah di kawasan perumahan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tambah Muhammad Razi, dia difahamkan masalah itu berlaku disebabkan ada di kalangan kontraktor yang bertanggungjawab memungut sampah tidak lagi menyambung kontrak mereka.
Sementara itu, seorang penduduk di Puchong, Yap Ah Kiow pula mengadu bahawa masalah sampah di kawasan perumahannya pernah tidak dipungut sehingga seminggu. Keadaan itu menyebabkan persekitaran kawasan perumahan tersebut bukan sahaja berbau busuk malah amat menyakitkan mata memandang.
“Masalah sampah tidak dipungut sehingga berulat dan berbau sangat busuk amat membimbangkan kami, para penduduk di sini. Diharapkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dapat menyelesaikan masalah sampah di kawasan ini dengan segera,” katanya.
Padan muka. Siapa suruh sokong PKR. Dah terang terang PKR tu parti sampah. Dulu korang sokong parti sampah, sekarang korang dapatlah sampah.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
BTOL LER BROO..UNDI SAMPAH DPT SAMPAH..UNDI PEYODOM KENE SODOM..HANCORRR MESIA KLU PARTI GAY PERINTAH! KEHKEHKEHKEH
tapi tulah... yg kelakonyer ada ketepet juak2 kata ini sabotaj dari pihak pengurusan alam flora sbb dah di tamatkan kontrak keh keh.. bodo giler stament... bukan ke alam flora dah di tamatkan kontrak 16 okt dulu.. maksudnya kontraktor baru la yg buat onar... kerajaan sgor tak bayar payment kot kekeke...
Post a Comment