Geng Bas Sekolah

January 2, 2012

Rusuhan Mahasiswa Petanda Kerosakkan Moral Golongan intelektual

Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah memfitnah pihak polis kononnya memukul mereka di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kebodohan melampau sehingga merempuh pintu cermin sebuah klinik.

Kita difahamkan mahasiswa terbabit kononnya menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera. Tetapi mereka melakukan ini semua kerana mengikut telunjuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga Parti Keadilan Rakyat.

Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak menjadi mimpi ngeri kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Transformasi yang diumumkan perdana menteri jelas mendapat kepercayaan rakyat ,dan rakyat percaya dan yakin bahawa pentadbiran beliau adalah kukuh serta berupaya mengotakan janji yang dibuat.

Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat menjadi batu penghalang kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghasut golongan mahasiswa supaya membenci kerajaan.

Kita menuntut agar siasatan berkaitan kebodohan mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kebodohan terhadap kerajaan ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negeri menahan ahli politik PKR yang terlibat kerana kebodohan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana.

Yb Raz
Malaysia Heaven

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

SDRA SDRA Inspirasi MUDA

Bolih saya mohon masuk


Izin saya ,
Sesiapa yang membaca sejarah perang dunia kedua pada 1939, England masa tu di pimpin Perdana Menteri,Neville Chamberlain,pendek cerita dia kau tim ngan Adolf Hitler, dan pulang ke England ngan laungan bangga "Peace in our Time",tak jadi perang sebab dia jenis pacifist(PLAYSAFE).

Tempuh hari Perhimpunan yang di sertai Adam dan budak budak Jen Y akan berterusan di jalanan dan alam maya...ihsan telco dan gajet amerika jepun korea.

Adam dan seangkatan dengan nya saperti mereka yang baju kuning yang himpun kat KLCC baru ni dah dua kali, mendapat ilham dari Najib,ya , Mr Cool kita.

Ingat tak bulan Julai 2011 apa jadi ngan baju warna kuning ?

Najib telah pun pergi ke akar umbi saperti belia dan kaum muda yang bilangan nya 7(tujuh) juta orang,melalui rangkaian " virtual listening" tweeter fasebuk social media sebagai jalan lencongan dan jalan pintas sebab Najib mengaku "he assured his online friends that he read their comment ideas complaints and he did his best to respond",

Maana nya kabinet dan 1.4 juta penjawat awam semua jadi tunggul kayu buang masa habis kan beras dan pendapatan negara sahaja.

Maana nya Najib adalah peminpin Y Generation yang memberi laluan untuk new politiks.

New Politiks adalah gerakkan yang contohi olih Sdr Saifudin aka Mr Intelligent aka Timbalan Menteri.

Menteri KPT Khaled bersama semua Ahli Kabinet buat diam sebab nak jaga kursi jawatan kedudukkan pangkat teloq dengan amalan strateji PLAYSAFE.

Najib terpaksa bodek berlebihan luar biasa 7(tujuh) juta belia dan kaum muda kerana beliau yakin dan percaya undi belia dan kaum muda akan mengakibatkan hayunan kapada nya atas pendirian peribadi (personal popularity paksikan 1M.)

Hebat sangat ke imej mr kool

Saya berpendapat bahawa penjawat awam perkhidmatan awam saperti PDRM SB MilIntel MACC juga Kemas BTN semua buang masa saja sebab Najib tidak akan ambil peduli akan laporan risikkan dan taklimat.

Mungkin kah ?

Atau pun terlalu tegar budaya toll gate keepers legasi anak menantu TUN Dol.


Mustahil mustahil Najib akan ambil tindakkan keatas Jen Y saperti Adam sebab Najib sudah terikat dengan generasi Y yang termakan dan terperangkap Mr Cool Image Projection.

Najib memberi keutamaan kapada "kool imej" ....wa ima apa saja



UMNO tidak dapat berubah dan tidak akan berubah sebab terlampau terikat dengan bermacam lapisan "perjanjian" dan "akur janji dalaman dan hutang budi serta rahsia rahsia yang di pegang olih mereka yang terlibat.
Ini kan pulak Jen Y.

Apa kesudahan(sementara menunggu PRU) nya ---

1.Adam dan sahabat sahabat nya di IPT akan terus mendapat sokongan dari Jen Y dan di orkestrate untuk jan 9th.
2. Najib the pacifist dan PLAYSAFE akan pandang ke lain dan PDRM juga yang jadi convenient whipping boy dan scapegoat ......Bahaya tu...
Hebat Jen Y punya cengkaman atas Najib.

Dapat lesen besar 1M
arjuna waspada
changkat lobak