Saban hari media pro pembangkang mainkan isu rusuhan pelajar UPSI yang jelas kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Rusuhan pelajar yang masih mentah didalam dunia sepak terajang politik. Yang masih mudah dipengaruhi dengan janji palsu sesetengah pihak.
Walau apapun alasan yang pelajar ini katakan, ternyata perjuangan yang mereka lakukan hanyalah sia sia. Tidak ada kemuliaan didalam perjuangan mereka malah tidak ada kepentingan langsung untuk orang awam. Tujuan mereka hanya satu iaitu memperjuangan nasib pakcik Anwar yang kini terumbang ambing menjelang 9 haribulan 1 2012 nanti.
Pelajar pelajar ini mengatakan mereka dianiaya sedangkan merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Pihak polis tidak akan mengambil tindakan sekiranya mereka patuh kepada undang undang. Pelajar ini yang bertindak seperti penjenayah maka pihak polis terpaksa mengambil tindakan.
Tindakan pelajar yang melampaui batas memang sengaja dibuat supaya pihak polis menahan mereka. Apabila polis melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka iaitu menjaga ketenteraman awam, pelajar ini semua terus memfitnah pihak polis seolah olah tugas menjaga keamanan itu adalah tugas yang hina.
Bagi pelajar ini, tugas mempertahankan keamanan adalah kerja kerja zalim. Sedangkan kerja kerja menghuru harakan negara dan mempertahankan seorang gay adalah kerja mulia. Inilah pegangan songsang yang digunapakai oleh pelajar pelajar yang tidak bertamadun.
Alhamdullilah rakyat Malaysia tidak mempercayai perjuangan sia sia para pelajar ini. Malah rakyat Malaysia menolak dan mengutuk perbuatan pelajar yang tidak bertamadun ini. Ternyata dari segi sokongan, mereka gagal sama sekali. Rakyat Malaysia telah menolak perjuangan dan akan menamatkan perjuangan mereka sepertimana rakyat Malaysia menamatkan perjuangan komunis suatu ketika dahulu.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment