Geng Bas Sekolah

January 16, 2012

Orang Melayu Dalam Bahaya


Seterusnya, papan tanda jalan di Pulau Pinang ditukar kepada tulisan Cina. Tidak lama selepas kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, mereka telah tukar tanda jalan tulisan-tulisan Cina di kawasan tempat-tempat bersejarah di George Town. Keberadaan pelbagai bahasa ini bukan sahaja menjadi dan mendapat kedudukan sebagai peninggalan sejarah dunia di Pulau Pinang, ia juga melambangkan terjalinnya pelbagai kaum di negara kita yang unik itu. Walaupun tindakan seperti itu tidak disenangi dan dipertikaikan oleh satu pihak kaum yang lain, tetapi kerajaan negeri tidak takut dengan bantahan dan suara orang yang segelintir itu, kerajaan negeri terus laksanakannya, dan akhirnya mendapat reaksi yang positif.

Sebab itu Lim Guan Eng berkali-kali mendabik dada dengan bangganya berkata: BN selama 40 tahun memerintah tidak mampu laksanakannya, kita dapat laksanakannya hanya dalam masa 6 bulan sahaja!

Dalam hal ini, orang-orang Melayu khususnya dan umat Islam mesti peka dengan agenda tersembunyi DAp yang berselindung di sebalik Pakatan Rakyat (bersama-sama PKR dan PAS). Pengundi-pengundi hendaklah cepat sedar. Dr. Hassan Ali telah menunjukkan kepada kita betapa parasit-parasit (sudah tentulah parasit-parasit itu ialah DAP dan PKR) ini seboleh-bolehnya meliberalkan kuasa dominan orang Melayu dan umat Islam baik dalam apa segi. Pentadbiran Masjid, pentadbiran wang zakat, isu halal haram, kes murtad semuanya mereka hendak halang, semuanya mereka tidak hendak ia dibela.

Baca selanjutnya disini



Hinanya orang melayu islam dimata mereka
Orang melayu islam sekarang dalam bahaya. Jangan terus leka dengan janji politik pembangkang yang langsung tidak menguntungkan orang melayu islam. PRU 13 nanti orang melayu islam harus bersatu dan membenamkan DAP serta para pengikut mereka jika tidak mahu dijajah dan ditindas lagi oleh bangsa lain.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

BILE LG MELAYU NK BANGKIT KLU BKN PRU13 NANTI. JGN SAMPAI TERHANTOK LG SUDAAAA..NO TURNING BACK!! HUHUHUHU