“Sikit, sikit, tukar… sikit, sikit tukar, semuanya gara-gara takut kena tukar”. Novel terbaik, Interlok akhirnya ditukar kepada novel Konserto Terakhir. Kenapa keputusan tersebut tidak dibuat ketika isu ini mula disensasikan oleh ultra kiasu? Kenapa biarkan kontroversi berlanjutan sebegitu lama? Setelah wang ringgit, masa dan tenaga habis begitu sahaja untuk ‘memperbetulkan’ perkara yang dikatakan sensitif, tiba-tiba keputusannya tukar. Saya tidak pasti keputusan tersebut ada dibawa berbincang atau tidak dengan sasterawan dan cendekiawan. Setakat yang saya tahu, belum ada.
Akhirnya bersorak gembiralah ultra kiasu, sama ada di dalam mahukan di luar kerajaan. Ultra kiasu terus menang, kita terus kalah. Inilah budaya tukar yang mula melanda, kita mengambil keputusan tukar, kerana takut kena ditukar. Ia semakin menghantui mereka yang berkuasa sama ada di peringkat kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.
Saya cukup bimbang jika budaya ini berlanjutan, yang baik ditukar, sedangkan yang belum tentu baik tidak ditukar, malah dipaksa untuk kita menerimanya. Semua ini gara-gara tindakan licik dan berstrategi ultra kiasu. Lihat pula dalam kes negara Islam, kerana takutkan ultra kiasu, nama negara Islam yang begitu baik, ditukar kepada negara berkebajikan, dengan alasan negara Islam adalah juga negara berkebajikan. Untuk mengelakkan daripada sesuatu itu bertukar, lebih baik, ditukar awal-awal. Mudah-mudahan ia tidak akan bertukar. Budaya ini tidak baik dalam pembinaan negara bangsa.
Kita masih tidak sedar dan tidak serik. Apa yang kita tukar itu, belum tentu dapat meraih undi dan sokongan ultra kiasu, sekiranya sikap ultra kiasu tidak dibendung. Apakah dengan tindakan dan keputusan sebegini, kita amat pasti kerajaan hari ini tidak akan ditukar? Ingatlah, ultra kiasu amat licik dalam permainan ini. Mereka sudah tahu di mana kelemahan kita.
Kita sepatutnya mendidik ultra kiasu, bukan dengan membuat keputusan tukar. Pendekatan berlembut agak kurang sesuai berhadapan dengan ultra kiasu. Sesuatu yang membahayakan keselamatan negara, undang-undang perlu dikenakan. Sebagai pemimpin, kita tidak perlu takut sekiranya kita di pihak yang benar. Masa depan negara lebih penting. Ada perkara yang boleh ditoleransi, ada yang tidak.
Jika perkara yang tidak boleh ditoleransi lagi, sepatutnya kita sudah menyediakan kata putus, berasaskan kepada sejarah, undang-undang dan perlembagaan (sama ada bertulis atau tidak). Ini tidak, kita asyik bertarik tali. Sekejap tarik, sekejap hulur. Yang dihulur lebih banyak daripada yang ditarik. Akibatnya, kaduk naik junjung, ultra kiasu menjadi semakin melampau.
Apapun selepas ini, kita akan terus diugut dan didesak. Pada saya, ultra kiasu tetap ultra kiasu. Jika diberi muka, mereka yang untung, bukan kita. Bila segalanya mereka dapat, kita akan ditukar. Bila semuanya telah bertukar, mereka akan mendapat lebih banyak lagi apa yang telah didapati selama ini, kerana kita telah membuat keputusan untuk tukar.
Pada 24 Disember 2011 yang lalu, seorang Paderi berkata, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan membuli golongan minoriti. Perkara yang telah termaktub dalam perlembagaanpun mahu ditukar. Ini benar-benar mencabar maruah kita semua. Siapa membuli siapa? Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui secara bersama. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sudah termaktub. Saya tidak nampak bukan Melayu dibuli melalui peruntukan tersebut. Rata-rata kita lihat bukan Melayu semakin semakin bergaya akibat kelemahan kita. Hak istimewa tersebut hanya pada kertas sahaja.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, kecuali di Malaysia, sebuah negara sebangsa sekelip mata bertukar menjadi berbilang bangsa, hanya kerana toleransi bangsa yang tidak ada tolok bandingnya. Bangsa ini sanggup berkongsi negara dan berkongsi kuasa, semata-mata untuk membina sebuah negara bangsa. Pulau yang dahulu miliknya, dilepaskan begitu sahaja, tanpa berlaku rampasan kuasa atau tumpah darah. Bayangkan jika itulah yang berlaku di negara komunis, berapa banyak nyawa yang menjadi korban?
Bandingkan dengan negara lain. Lihatlah keberanian David Camerons, Perdana Menteri Britian dalam memperkasakan negaranya. Beliau tidak pernah takut kepada sesiapapun dalam menegakkan kebenaran. Beliau telah mengisytiharkan Britain sebagai negara Kristian. Tidak ada sesiapapun yang berani menentang kerana itulah hakikat negara itu sejak ianya diwujudkan.
Berbanding dengan negara kita, apabila Perdana Menteri Keempat mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, kita lihat reaksi ultra kiasu, bingkas bangun menentang secara berani, mengatakan Malaysia sebuah negara sekular. Jika mereka melakukannya di Britain, sudah lama dimasukkan ke dalam ISA. Tetapi tidak di sini, kita biarkan atas asas kebebasan bersuara.
Saya bimbang, berapa banyak lagi selepas ini yang akan ditukar? Tunggu dan lihat. Keputusan mengenai PPSMI telahpun dibuat. Apakah selepas ini PPSMI tidak akan ditukar? Inilah kebimbangan pejuang-pejuang bahasa, termasuk bukan Melayu seperti Khoo Kay Kim, Teo Kok Seong, Lim Swee Tin dan saya tidak ketinggalan. Golongan ini amat tidak disukai oleh ultra kiasu. Tidakkah kita malu dengan orang bukan Melayu seperti mereka, sanggup mempertahankan identiti dan jati diri Melayu. Sedangkan yang Melayu terus melayu, dilayukan oleh ultra kiasu. Saban hari mereka merancang untuk melihat isu-isu yang boleh disensasikan untuk ditukar kepada realiti.
Berapa banyak lagi kuil-kuil haram akan dirobohkan, seterusnya ditukar, dengan digantikan serta diberikan tanah dan tempat yang lebih besar. Lebih menyedihkan pembangunan yang terpaksa ikut kuil, bukannya sebaliknya. Jika itu yang berlaku kepada surau masjid, sudah lama ia dirobohkan.
Tetapi jika berlaku kepada agama lain, jalan raya terpaksa dibengkokkan menjadi lebih bahaya, hanya kerana terdapat kuil di situ yang langsung tidak boleh disentuh. Tidak perlu saya kemukakan bukti di mana. Pergilah ke bandar-bandar besar seperti Ipoh, Johor Bahru dan sebagainya. Betapa sakit hati melihatnya, umat Islam tetap diam. Saya masih tercari-cari di negara manakah kita boleh dapati toleransi sebegini melainkan negara ini? Identiti dan jati diri asal semakin pudar, sebaliknya orang lain semakin menonjol dan tertonjol.
Saranan saya, yang tidak sepatutnya ditukar, jangan tukar, kerana dengan tindakan tersebut, mungkin kuasa tidak bertukar. Rakyat sudah jelak dengan apa yang berlaku hari ini. Kita tidak perlu takutkan ultra kiasu. Yang perlu kita takut adalah Allah SWT, kerana hanya Allah SWT yang berkuasa untuk menukarkan sesuatu yang perlu ditukar. Yakinlah, Allah tidak akan menukar sesuatu jika kita terus tunduk dan patuh mengikut kehendakNya. Namun, jika kita engkar, pasti sesuatu itu akan ditukar dan bertukar tangan kerana semua itu bukan milik kita tetapi milik Allah. Tolonglah Allah, nescaya Allah akan tolong kita.
Ambillah pengajaran bagaimana Rasulullah SAW yang pernah memohon kepada Allah tiga perkara ke atas umatnya untuk diperkenankan. Allah SWT hanya memperkenankan dua perkara dan satu ditolak. Pertama, Rasulullah memohon agar Allah tidak membinasakan umatnya dengan musim susah berpanjangan. Kedua, Rasulullah memohon agar Allah tidak membinasakan umatnya dengan bencana alam. Allah memperkenankan permohonan Baginda.
Namun, Allah menolak permohonan ketiga iaitu, Rasulullah memohon agar Allah SWT tidak binasakan umatnya kerana pergaduhan sesama mereka seperti peperangan dan pertelingkahan sesama sendiri. Permohonan ini ditolak. Realiti inilah yang berlaku sekarang. Kita semakin lemah dan kesempatan ini diambil oleh ultra kiasu dengan menekan kita supaya tukar, terutama perkara-perkara melibatkan dasar. Ultra kiasu telah berjaya melakukannya. Saya amat bimbang kejayaan strategi ini akan menyebabkan kita ditukar. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Orang islam kat Malaysia ni keldai. Ikut je apa puak kafir cakap.Makan minum kedai orang kafir main redah je. Orang kafir bagi ayam cucukpun, orang islam kat Malaysia ni telan tak bertanya apa apa. Isu murtad, umat islam buat tak tahu je. Dah macam keldai. Sebab tu aku tak pelik bila ada orang islam dok sokong DAP. Sebab dorang memang keldai.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
ADE PLAK MELAYU JENIS TAK PIKIR PANJANG & NK KAYA CPAT SANGGUP JD KELDAI DADAH...PERGHHHH
Post a Comment