Geng Bas Sekolah

January 7, 2012

Ku Li Bakal "Pemangku" Perdana Menteri Malaysia

TINGGAL dua hari sahaja lagi detik penentuan keputusan penghakiman perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Hari Isnin, 9 Januari 2012 akan menentukan Anwar bersalah atau dibebaskan.

Tarikh yang diheboh-hebohkan sebagai 901 itu juga akan menentukan, jika didapati bersalah maka laluan Ketua Pembangkang itu ingin mendiami Sri Perdana dan menawan Putrajaya akan tersekat.

Tetapi nampaknya pakatan pembangkang tidak mahu mengalah, tanpa Anwar usaha menawan Putrajaya itu akan diteruskan.

Maka pemimpin pembangkang sudah sibuk mencari pengganti Anwar sejak tahun lalu.

Mereka percaya kepada seorang "pemimpin lama" bagi memastikan pakatan pembangkang dapat mengambil alih Putrajaya.

Menurut Sin Chew Daily News semalam, maklumat yang diperolehi akhbar itu bahawa pakatan pembangkang telah mengenal pasti veteran UMNO yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai pengganti pemimpin pembangkang itu di Parlimen.

Pakatan pembangkang dilaporkan telah kenal pasti pemimpin mereka perlu mempunyai banyak aspek, termasuk dipersetujui oleh DAP dan Pas, mesti ahli Parlimen dan juga berbangsa Melayu.

Jika pada PRU kali ini pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya, Ku Li akan menjadi Perdana Menteri sementara sehingga Anwar mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, barulah jawatan perdana menteri itu diserahkan kepada Anwar.

Sejak tahun lepas lagi, dalam arena politik tersebar kuat cerita pakatan pembangkang mengadakan perbincangan sulit memujuk Tengku Razaleigh sebagai persediaan jika Anwar dipenjarakan kerana kes liwat, maka Ku Li akan jadi pemimpin pembangkang.

Anwar semasa menerima wawancara Sin Chew memberitahu, pakatan telah kenal pasti calon penggantinya, jika pada 9 Januari ini beliau dipenjarakan, pakatan akan umumkan calon penggantinya.

Ada maklumat memberitahu, Anwar sudah banyak kali mengadakan "perbincangan sulit" dengan Tengku Razaliegh, maka rahsia itu sudah bukan jadi rahsia lagi. Lim Kit Siang dan Hadi Awang pun sudah tahu perkara itu, dan mereka juga bersetuju dengan rancangan kerjasama itu.

Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk melantik Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Anwar kerana beliau bukan ahli Parlimen.

Wan Azizah juga tidak layak bertanding pada PRU akan datang, sebab itu beliau tiada peluang untuk menjadi Perdana Menteri wanita yang pertama bagi melakar sejarah negara ini.

Pelawaan kepada Ku Li berdasarkan pengalamannya dalam menghadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika PRU 1990 dan 1995, Pas dan DAP terpaksa melantik Tengku Razaleigh melalui Semangat 46 untuk menjadi pemimpin pembangkang bagi membolehkan dua parti itu dapat 'tidur sebantal'.

Pihak pembangkang tidak boleh menyamakan pendirian Ku Li ketika menubuhkan dan menerajui Parti Melayu Semangat 46 dengan pendiriannya pada ketika ini.

Tengku Razaleigh yang sebelum ini disebut-sebut 'dirisik' oleh pihak pembangkang telah menegaskan, beliau akan tetap bersama UMNO kerana mempunyai keyakinan tinggi terhadap parti terbesar orang Melayu itu.

Sanggupkah Tengku Razaleigh Hamzah menerima tawaran pakatan pembangkang jika gabungan PKR, DAP dan Pas berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13?

Apakah perasaan Ku Li yang hanya akan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara kerana pakatan pembangkang sudah ada perancangan untuk melantik juga Anwar sebagai Perdana Menteri jika pengampunannya diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Nampaknya, pakatan pembangkang tidak menghormati kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang itu. Ku Li seorang pemimpin veteran dan beliau amat mengenali pembangkang sejak dahulu lagi. Ku Li masih waras dan beliau tahu untuk membezakan sikap pembangkang dahulu dan kini.

Namun dalam politik segalanya berkemungkinan berlaku.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

Mati beragan juga akhirnya orang tua nie...cita 2 dab hasratnya tak kunjung padam lagi..

mUSOH umno NO. WAHID sejak dari zaman TDM lagi...

sudah2 lah tu wak...bawa berehat je...jangan di ikut sikap Nicky tu semakin lama semakin melalut.

Anonymous said...

Lompat saja lah bila mana ada nampak keuntungan. Kalau lah benar, dah berapa kali masuk keluar UMNO, dulu dah tubuh semangat 46 tetapi sudah berkubur. Aku masih ada baju T yang tetera lambang semangat 46 masih aku pakai untuk berkebun.

Warga Sebelum Merdeka