Geng Bas Sekolah

August 25, 2011

Politik Orang Melayu Memualkan


Melayu mengawal politik. Melayu mengawal pegawai kerajaan. Melayu mengawal polis. Melayu mengawal tentera. Kedaulatan Raja-raja Melayu. Tapi, berdaulatkah bangsa Melayu?

Saya bersimpati dengan ejen yang dilantik KDN untuk melaksanakan pemutihan warga asing sebagai pekerja yang sah. Baca sini.

Menurut blogger JUST READ, mereka tidak dilayan secara wajar oleh KDN. KDN tidak melayani ejen mereka sebagai client. Malah, ejen dibuli, dan tidak dihargai. Mereka sudah mengeluarkan banyak modal untuk menyewa mesin biometrik namun mereka dilayan dengan teruk.

KSU KDN, Tan Sri Mahmood Adam telah mengumumkan pendaftaran pekerja asing pemutihan adalah percuma, sedangkan yuran yang dikenakan RM35 oleh ejen. Tan Sri Mahmood mengeluarkan arahan PATI boleh didaftarkan percuma oleh pegawai immigresen dan membunuh business ejen yang sudah melabur menyewa mesin biometrik.

Beliau juga membenarkan Pejabat Pos dan MYEG mendaftarkan PATI secara percuma. Jika kementerian ingin membuat pendaftaran secara percuma, mengapa melantik ejen yang sepatutnya boleh mengutip yuran sebanyak RM35 dan mereka sudah mengeluarkan duit untuk melabur ke mesin biometrik?

Dan pendaftaran percuma oleh pegawai immigresen tidak sepenuhnya percuma. Ada runner dan ada yuran off record untuk mempercepatkan proses. Ada sesuatu yang tidak kena kerana ejen yang dilantik oleh KDN sendiri seramai 330 ramai yang gulung tikar.

Baca sini selanjutnya


Arahan keluar berbelit belit. Mula mula cakap pendaftaran pekerja asing percuma. Ok betullah tu yang aku dengar. Lepas tu benarkan pulak ejen membuat kerja pendaftaran. Memang kalau lantik ejen, ejen memanglah kenakan sedikit charge sebab dorang berniaga. Lepas tu benarkan pulak Pejabat Pos, pegawai immigresen dengan MYEG buat pendaftaran percuma.

Kalau macam tu, kenapa lantik ejen. Kesianlah ejen tu sebab dia dah melabur banyak duit. Semua majikan sudah tentu pergi kepada yang percuma berbanding dengan ejen yang kena bayar. Orang berpangkat dalam Kerajaan ni kalau aku cakap bodoh sombong, dorang marah. Tapi itulah hakikatnya. Sebab dorang rasa pangkat dorang tinggi, dorang boleh buat apa saja.

Lepas ni kalau jumpa ular dengan Tan Sri Mahmood Adam, balun Tan Sri Mahmood Adam dulu baru balun ular.Cakap berbelit belit nak menyusahkan rakyat je.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

5 comments:

sri tribuana said...

Melayu juga yang bunuh Melayu bro

Jeepers Creepers said...

betul tu..kadang kadang dah rasa malas nak backup Kerajaan sebab ada pegawai Kerajaan sendiri jadi petualang bangsa.

Anonymous said...

ARAHAN YANG DI KELUARKAN TAK SPESIFIK LANGSUNG. KDN KENA PERKEMASKAN SISTEM ATAU DIORANG AKAN TERUS JADI BAHAN LAWAK SEKALIGUS JADI MODAL POLITIK PEMBANGKANG..ADOIYAIII

usin said...

tulah jadinya bila maklumat yg nak disampaikan tidak selaras, jelas, muktamad. ni sekejap free, sekejap ada ejen. dlm proses 6p nipun, berapa kali extend tarikh? tak tegas, memalukan dan mcm baru semalam masuk kerja. tan sri, kalau kena anak beranak sendiri yg tanggung rugi, adakah tan sri sanggup buat?

Jeepers Creepers said...

jeff/usin: betul tu..dorang ni taks eragam langsung..lepas tu buat arahan main hentam je.langsung tak fikir dulu.