Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.
Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.
Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.
Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada calon PSM, Dr Michael Jayakumar yang bertanding atas tiket PKR (diperbetulkan).
Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.
Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga.
Sumber: A Kadir Jasin
Hahaha betul juga apa yang dikatakan oleh Datuk AKJ. Malaysia sekarang banyak mengambil orang setaraf tukun tiruan sebagai menteri. Idris Jala tu sapa punya idea yang lantik dia? Banyak rancangan dia nak melingkupkan orang melayu yang beragama islam.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
ADEIHHH KABINET SKANG NI AGAK KELAM KELIBUT GAK BROO ISKKK
agak2lah, najib perasan @ tidak bahawa ramai menteri x guna duduk senang lenang dlm kabinetnya sekarang. ramai yg nk pelingkup kerajaan, pelingkup aset negara, pelingkup aset melayu. bersekongkol dgn pembangkang dsb. aku bg contoh saipudin abdullah, idris jala, koh tsu kon. apa untungnya dorang duduk dlm kabinet? untung sebab dpt habiskan duit rakyat bayar gaji dorang? kabinet najib hebat kerana rekod menteri terbanyak yg kalah pilihanraya. kadang2 heran aku dgn strategi kerajaan nk undi rakyat. terlalu bnyk memberi yg hasilnya zero. bnyk anjing tersepit yg dilepaskan, akhirnya tengkok sendiri yg kena baham. sapalah punahsihat kt pm ni ye, bagus kerja jahanam korang...
Post a Comment