Geng Bas Sekolah

July 30, 2011

Wawasan 2020 - Mampukah Kita Mencapainya ?


Hanya sembilan tahun sahaja lagi kita akan menuju kepada tahun 2020. Sepatutnya pada tahun itu Malaysia akan menjadi negara maju, setidak-tidaknya itulah dalam imaginasi pencetus Wawasan 2020, Tun Dr. Mahathir.

Sebenarnya, ilham Vision 2020 ini diambil oleh Tun dari sebuah rangkaian kedai cermin mata, bukan tahun. Asalnya, Vision 20/20 ini melambangkan kejernihan idea, kejituan matlamat, tidak ragu dan tidak 'salah penglihatan' seperti istilah ophthalogist tentang ketajaman mata pesakitnya. Pesakit yang diratekan mempunyai keupayaan melihat 20/20 bagi kedua-dua matanya tidak memerlukan contact lens atau cermin mata. Visi mereka jelas.

Baca selanjutnya disini Sri Tri Buana


Betul apa yang dikatakan oleh sahabat aku iaitu Sri Tri Buana ini. Rakyat Malaysia seolah olah sudah lupakan gagasan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Mahathir. Sejak akhir akhir ini segelintir rakyat Malaysia seolah olah sudah hilang pegangan hidup. Sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk huru hara semata mata mahukan idola mereka diangkat menjadi PM.

Segelintir rakyat Malaysia ini seolah olah sudah buta mata dan hati mereka untuk melihat kebenaran. Apakah idola mereka itu benar benar manusia yang berakhlak baik sehingga layak diangkat menjadi pemimpin?

Aku rindukan zaman pemerintahan Tun. Walaupun dizaman itu aku masih membesar dan masih bergelar pelajar sekolah, tetapi aku dapat rasakan keamanan dan ketenangan. Tidak wujud kekacauan politik 24jam sehari 7 hari seminggu.

Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Tetapi didalam keadaan sekarang, mampukah kita mencapainya kelak?

 Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: