Geng Bas Sekolah

April 28, 2010

Pengawal Keselamatan Tugas Mulia

MELAKA 27 April - Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan tersebut sudah diwartakan dan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkannya hanya kerana beberapa syarikat keselamatan tidak dapat melaksanakannya.



Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan bermula 1 Julai ini iaitu kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus. Gaji pokok pengawal keselamatan sekarang adalah antara RM300 hingga Rm400 sebulan.

Sumber: Utusan Malaysia

Alhamdullilah akhirnya gaji pengawal keselamatan dinaikkan. Secara tak langsung aku juga akan mendapat kenaikan gaji disebabkan aku juga adalah seorang dari 150,000 pengawal keselamatan di negara ini heheee.

Kalau gaji pokok mereka kata diantara Rm300 hingga Rm400, tetapi gaji pokok aku adalah Rm250. Jadi bayangkan bagaimana aku nak hidup dengan gaji asas sebanyak itu? Ini realiti yang dihadapi oleh para pengawal keselamatan.

Selama ini masyarakat memandang rendah kepada profesion ini kerana gajinya yang murah dan waktu kerja yang berat. Malah ianya dikatakan hanya layak diambil oleh golongan "pencen".

Sedangkan jika kita fikir kembali, bagaimana golongan "pencen" hendak menjaga keselamatan berikutan mereka sendiri sudah uzur? Sepatutnya tugas menjaga keselamatan ini dilakukan oleh mereka yang muda belia *macam aku hehee*

Sudah tiba masa kerja pengawal keselamatan dipandang tinggi seperti mana anggota tentera dan polis. Secara tak langsung, ia akan menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang kerjaya ini.



p/s: Untuk menaikkan semangat kerja, aku sentiasa fikirkan aku adalah anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Bukannya pengawal keselamatan heheee :)

4 comments:

arizWanmerahs said...

Tahniah buat semua pengawal keselamatan.. Moga2 selepas ini akan ramai lah anak muda yang sudi melamar pekerjaan ini...

Jeepers Creepers said...

terima kasih..begitulah harapnya

Anonymous said...

sy sokong perjuangan anda , semoga Allah bantu anda , amin

Anonymous said...

sy kerja kerja , sy sokong perjuangan anda , semoga Allah bantu anda , amin