Geng Bas Sekolah

April 5, 2010

Teruskan Perjuangan Menentang Kezaliman !

KOTA BHARU 4 April - Elia Suhana Ahmad tidak lagi dapat menyembunyikan kesedihan yang ditanggungnya ketika berdepan dengan hari-hari yang sukar dalam memperjuangkan hak sebagai seorang isteri. Isteri kedua Sultan Kelantan itu yang didakwa telah diceraikan, pada mulanya kelihatan melemparkan senyuman sewaktu hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Namun sejurus didekati pihak media untuk bertanya khabar tentang dirinya, air matanya mula bergenang dan beliau cuba menyekatnya daripada jatuh. "Ada orang cuba menafikan hak saya. Saya tidak kenal pun siapa dia ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah serta tidak berputus asa memperjuangkan hak saya sebagai isteri Tuanku.

Baca Selanjutnya Klik Sini

Sabarlah menghadapi masalah sebegini. Jika yakin diri tidak bersalah, banyakkanlah berdoa dan solat hajat supaya Allah menunjukkan kebenaran. Insyallah Allah akan mengabulkan doa hambanya yang teraniaya.

Inilah masalah yang dihadapi oleh segelintir umat islam sekarang. Apabila yang berkuasa dan ternama menindas yang lemah, tiada pihak yang mahu membantu. Semuanya tunduk dan kecut seolah olah mereka yang berkuasa tu terlalu suci untuk disentuh.

Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Insyaallah kalau tidak didunia ini, di akhirat mereka yang zalim ini tetap tidak akan terlepas juga. Malah lebih pedih siksaan yang bakal mereka terima.

No comments: