Geng Bas Sekolah

April 24, 2010

Coret Coret

Kebelakangan ini aku kekurangan masa nak menjenguk blog sendiri. Sekadar menjenguh blog rakan seperjuangan dan membaca akhbar sahaja.

Bagaimanapun aku tergelak sendirian apabila terbaca didalam akhbar Metro semalam. Khabarnya calon BN, P. Kamalanathan sedang menjalankan kempen telah masuk kesebuah restoran. Kebetulan didalam restoran itu ada sekeluarga penyokong puak hijau sedang menjamu selera.

Semasa P. Kamalanathan mahu bersalaman dengan mereka, mereka menolak dengan alasan haram bersalam dengan yang bukan islam! Tapi yang melucukan apabila Nik Aziz dan pemimpin lain bukan setakat salam malah berpeluk dengan kafir DAP maka ianya menjadi halal pula.

Inilah realiti mentaliti segelintir penyokong puak hijau. Terlalu taksub sehingga membutakan mata hati untuk menilai kebenaran. Dan hanya menerima apa saja yang dikhabarkan/dibuat oleh pemimpin sendiri tanpa berfikir dahulu.

Selain itu, PKR juga semakin terdesak sehingga sanggup membuat banner palsu kononnya Anuar APCO mahu berdebat dengan DS Najib. Ada juga disebarkan risalah risalah palsu. Dan juga cuba menimbulkan sentimen perkauman dikalangan penduduk tempatan.

Inilah tindakan pembangkang yang sebenarnya jelas memang tidak layak untuk memerintah negara. Perbuatan kebudak budakkan mereka hanya membuatkan maruah mereka jatuh.

Semoga esok penduduk Hulu Selangor akan memilih calon yang BENAR BENAR LAYAK SAHAJA. Janganlah membuat pilihan yang salah kerana ianya akan mempengaruhi kehidupan penduduk Hulu Selangor seharian nanti.



UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL

No comments: