Bakinya, kira-kira 13,000 orang atau 30 peratus sahaja lagi yang belum. Apabila selesai mereka membuat Bayaran Kembali (BK), proses bagi pengeluaran suratan hak milik tanah untuk baki peneroka ini juga pasti akan dilaksanakan.
Ini disebut oleh Menteri Besar Dato’ Sri Adnan Yaakob dalam ucapan 36-minitnya pada majlis penyampaian suratan hak milik tanah untuk peneroka Felda Lepar Hilir 01 di sini, pagi Khamis, 25 Mac.
“Saya difahamkan di seluruh negara setakat ni, ada 112,000 peneroka, 67 peratus dah dapat geran, hak milik. Di Pahang ada 43,000 peneroka, 70 peratus dah dapat suratan hak milik.
“Suratan hak milik ni, (apabila) tuan-tuan selesai sahaja Bayaran Kembali, kita (Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan) akan proses tapi proses ni makanlah masa sikit,” katanya.
Sambil itu, beliau menegaskan betapa Kerajaan yang ada, sentiasa menepati janjinya untuk memberi suratan hak milik tanah setelah BK dilangsaikan oleh peneroka, dan kebiasaannya ini mengambil masa lebih 20 tahun.
(Sebagai rancangan tanah paling awal dibuka di negeri dan negara ini, Rancangan Tanah Felda Lurah Bilut di Bentong dengan 71 peneroka, juga menjadi rancangan tanah felda pertama di negeri dan negara telah menerima suratan hakmilik tanah mereka.
(Mereka menerimanya pada Mac, 1985 lagi iaitu kira-kira 25 tahun selepas rancangan tanah tersebut dibuka dan diusahakan. Ini turut membuktikan betapa janji Kerajaan untuk memberikan suratan hak milik tanah itu sudah ditunaikan sejak 25 tahun lepas lagi).
“Dari segi Kerajaan, telahpun menunaikan janjinya melalui Felda. Kalau kita (peneroka) habis Bayaran Kembali kita (janji) beri hak milik, kita beri. Maknanya, Kerajaan, Felda, Pejabat Tanah telah tunaikan janji.
Sehubungan itu, Dato’ Sri Adnan mengingatkan para peneroka supaya bersyukur serta mengenang jasa bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu juga ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Bandar, yang telah memperkenalkan rancangan tanah Felda.
Menteri Besar kemudian turut mengingatkan mereka supaya tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah pencemuh Kerajaan, yang sentiasa menggambarkan kononnya Kerajaan menganiaya para peneroka khususnya dalam kalangan generasi kedua.
Dakyah-dakyah ini disebarkan hingga seolah-olah, sumbangan Kerajaan Negeri yang meluluskan tanah seluas 185,380.23 hektar bagi menjayakan pembukaan dan pembangunan rancangan tanah Felda di negeri ini, boleh sahaja diperlekehkan.
(Sedangkan, sumbangan tanah seluas 185,380.23 hektar ini ialah kira-kira 36 peratus atau lebih sepertiga daripada 521,938 hektar keluasan Felda yang berpeneroka di negara ini).
Ketika bercakap pada persidangan media kemudian, Dato’ Sri Adnan sekali lagi meminta para peneroka supaya tidak terpedaya dengan helah kumpulan tertentu yang cuba mempengaruhi mereka untuk menentang Kerajaan.
“Ada kumpulan tu, janganlah kita percaya sangat. Felda sendiri sekarang ni ialah di bawah pengawasan terus Jabatan Perdana Menteri; tidak mengabaikan generasi kedua.
“Bahkan, ada usaha-usaha untuk ‘re-training’, latihan, dan motivation kepada anak-anak generasi kedua ini dan ada yang juga telah diambil bekerja oleh syarikat penerbangan kerana ada anak-anak Felda yang terlibat dengan kursus-kursus ‘aircraft maintenance’, ‘aircraft engineering’ dan sebagainya.
“Bermakna, generasi kedua Felda tidak boleh mengharapkan sangat untuk menjadi peneroka. Mereka mesti sudah mencapai satu kemajuan yang lebih baik daripada peneroka Felda, ayah dia.
“Mungkin dia boleh jadi pengurus Felda, ataupun mungkin dia boleh jadi tokoh korporat yang mengusahakan bidang-bidang baru yang luar dari kawasan Felda itu sendiri.
2 comments:
Salam YB Raz, tahniah kepada para peneroka Felda Lepar Hilir 1...... terima kasih kepada kerajaan Negeri Pahang yg memberi surat hak milik tanah....
YB Raz, walau pun para peneroka bergembira apabila selesai hutangserta diberi geran tanah, mereka juga perlu diingatkan bahwa mereka tidak boleh lari dari Akta GSA 1960, Kanun Tanah Berkelompok... banyak peneroka tidak sedar Akta ini, kalau bukan kerana di bawah Akta ini, seseorang rakyat negeri Pahang atau mana2 pun tidak layak memiliki anugerah tanah melebihi 3 ekar seorang. Oleh kerana ternaung di bawah Akta tanah ini, melalui pembangunan FELDA yg diamanahkan oleh kerajaan maka mereka layak menerima anugerah hak milik tanah sehingga 10 ekar seorang.... maka janganlah para peneroka begitu mudah menerima hasutan dari pihak luar untuk memecahkan keharmonian warga Felda, sedarlah dan belajar berterima kasih.... jangan dituduh penipu kepada tangan yang telah memberi kita kemudahan dan kesenangan...Bersyukurlah...
orang melayu ni mudah lupa. orang yang tolong mereka itulah selalu dikeji. Penyakit keturunan yang sukar dirawat.
Post a Comment