Geng Bas Sekolah

March 18, 2010

Sokonglah Orang Kaya, Lupakan Orang Miskin

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu hotel bertaraf lima bintang di seluruh negara tidak mengenakan bayaran bilik yang terlalu murah kerana ia boleh menurunkan nilai pasaran. Perdana Menteri berkata, langkah itu juga perlu bagi memastikan tahap prestij hotel-hotel di Malaysia sentiasa terpelihara sekali gus boleh menjadi daya tarikan untuk pelancong khususnya kategori mewah.

Beliau berkata, berdasarkan senarai hotel terkini, harga hotel lima bintang di Malaysia adalah paling murah berbanding negara lain di rantau ini.

"Saya sengaja memberi penekanan tentang perkara ini kerana mahu industri perhotelan kita benar-benar memberi impak kepada industri pelancongan negara. Sudah tiba masanya kita membuat perubahan ini ," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, kumpulan pelancong mewah sebenarnya 'tidak kisah' tentang harga kerana paling penting adalah mutu perkhidmatan. "Kita perlu menyasar kategori pelancong seperti ini dalam usaha mempelbagaikan segmen pelancong yang datang ke Malaysia. Mereka tidak kisah untuk berbelanja kerana mereka mampu ," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia
Hmm baguslah tak payah turunkan harga. Semuanya menyokong orang kaya saja. Orang miskin macam rakyat kebanyakkan tak dapatlah merasa nak duduk hotel mewah.

Haa eloklah semua hanya sambut pelancong asing berpoket tebal. Rakyat sendiri dipinggirkan.

Syabas untuk tagline "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"

No comments: