Geng Bas Sekolah

March 5, 2010

Pemanasan Global - Rakyat Malaysia Jadi Pembunuh

Musim panas semakin menjadi jadi. Hujan sudah lebih seminggu tidak turun. Penurunan paras air empangan Pahang juga dilaporkan susut. Keadaan panas turut diburukkan dengan keganasan segelintir rakyat Malaysia.

Baru seminggu pemergian adik Syafiah Humairah, seorang lagi kanak kanak dibunuh dengan kejam. Dalam kejadian di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini, malam kelmarin, K Hares-varran dikatakan dipukul dan dipijak suami jiran keluarganya hingga menyebabkan hati kanak-kanak lelaki itu pecah dan enam tulang rusuknya patah.



Harevarran, 18 bulan, mati selepas enam tulang rusuknya patah selain hatinya pecah serta terdapat banyak kesan lebam pada badan mangsa, dipercayai akibat dipukul dan dipijak kerana menangis oleh suami penjaganya yang juga seorang kelindan lori, malam kelmarin.

Selain itu, seorang wanita Suhana Mohd Shariff dibunuh oleh rakannya akibat cemburu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, Suhana dari Kota Tanah di sini, ditemui terbaring di belakang Perodua Viva putih miliknya manakala suspek yang berusia 33 tahun cedera parah di dada dan tangan kiri selepas menikam dirinya.



Di Kelantan, seorang warga emas ditemui mati dibunuh. Mangsa dipercayai dipukul dengan senjata tumpul berdasarkan kesan kecederaan yang ditemui di bahagian kepala dan situasi menyayat hati itu disaksikan sendiri oleh rakan baiknya.

Keganasan segelintir rakyat dinegara ini semakin menjadi jadi. Itu belum campur ugutan sembahyang hajat, kes panel bukan islam nak adili kes berkaitan islam, campurtangan NGO didalam urusan agama islam dan bermacam tekanan terhadap orang melayu dinegara ini.

Diharap kerajaan bertindak lebih tegas didalam mengendalikan kes kes jenayah selepas ini. Jangan diberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah. Dan sekiranya mereka didapati bersalah, teruslah dihukum bunuh. Jangan beri mereka peluang untuk hidup lebih lama.

Jenayah Membawa Padah

1 comment:

Scud said...

manusia sudah hilang kemanusian