Geng Bas Sekolah

March 26, 2010

Kempen Selamatkan Malaysia - Tolak Anuar Ibrahim

Kematian Datuk Zainal Abidin Ahmad yang merupakan MP Hulu Selangor telah membuka ruang untuk PRK.

Allahyarham yang merupakan ahli PKR telah menghembuskan nafas terakhir akibat barah otak. Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak. Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Untuk PRK kali ini, PKR khususnya Anuar Ibrahim telah menyimpan angan angan untuk mengekalkan kerusi. Tetapi jika dilihat berdasarkan prestasi PKR sekarang, mungkin ianya akan menjadi langkah maut buat PKR.

Rakyat Selangor sudah menolak PKR berikutan kegagalan Khalid Gagap mentadbir negeri Selangor. Campur tangan DAP didalam pemerintahan PKR juga menyebabkan rakyat Selangor terutama orang melayu islam menjadi benci.

Keadaan bertambah buruk apabila Anuar Ibrahim dilihat menjadi liabiliti kepada PKR bersabit kes kes busuk beliau. Berhijrahnya ahli PKR kepada bebas juga menjadi sebab PKR akan dilihat sebagai parti sampah.

BN dilihat mungkin boleh menang tetapi itu semua bergantung kepada calon yang diletakkan. Sebelum ini, calonnya adalah dari MIC. Mungkin lebih baik diganti kepada calon UMNO. MIC dilihat masih belum keluar dari kepompong masalah berikutan keengganan Samy Vellu meletak jawatan.

Insyallah BN akan menang jika ahli UMNO bekerjasama dan tidak mendengki antara satu sama lain. UMNO bahagian seharusnya turun padang dan berdamping dengan rakyat untuk mendekatkan rakyat kepada UMNO. Semua ini tak akan tercapai sekiranya kita semua tidak bersatu padu mulai dari sekarang.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz,

Kawan pelik juga, masa PRU12 calon BN cuma kalah 196 undi, sedangkan BN menang ketiga-tiga DUN........

Jeepers Creepers said...

Allahyarham dahulu kan bekas Timb Menteri Besar. Sudah pasti ramai yang kenal dan sokong.

Cuma mengapa Allahyarham berpindah masuk PKR tidak diketahui.

Adat bertanding, kalah menang perkara biasa. Cuma kali ini, BN kenalah bekerja keras untuk menarik semula pengundi kepada mereka.