Geng Bas Sekolah

March 27, 2010

Desas Desus

Ada dua perkara menarik melibatkan PAS. Perkara pertama ialah cadangan Presiden PAS. Haji Hadi mencadangkan istilah Rukun Negara iaitu "Kepercayaan Kepada Tuhan" digantikan kepada "Kepercayaan Kepada Allah".

Aku taknak ulas banyak banyak hal ini. Takut membawa syirik kepada aku pula. Aku serahkan lah kepada mereka yang lebih arif untuk mengulasnya. Cuma pendapat aku secara jujur, rukun negara itu tak payahlah ditukar.

Sebab aku cuma berpegang kepada Rukun Iman dan rukun Islam. Rukun Negara tu cuma sebagai tanda asas untuk kita sayangkan negara saja. "Kepercayaan Kepada Tuhan" dirujuk kepada semua kaum.

Kiranya semua kaum ada kepercayaan masing masing. Ada agama sendiri. Jadi terpulanglah kepada mereka untuk menyembah tuhan mana. Kita orang islam sudah tentu hanya Allah s.w.t sahaja tuhan kita.

Perkara kedua, Nik Aziz sudah mahu melepaskan jawatan Murshidul Am PAS. Aku menyambut baik perkara ini. Nik Aziz sudah berusia. Malah sering sakit sakit. Ada baiknya jawatan itu dilepaskan kepada mereka yang lebih sihat. Yang lebih berupaya untuk membawa PAS ketahap yang lebih baik.



Perkara ini putuskan didalam Majlis Syura yang lalu. Cuma siapa calon yang bakal mengantikan tempat Nik Aziz, ianya masih didalam perbincangan.

Aku harap calon selepas ini biarlah orang yang benar benar berwibawa dan tidak terlalu mengikut emosi dan dendam. Apa yang sudah tu, sudahlah. Tak guna dikenang kembali. PAS harus kembali semula kepada perjuangan asal dan tinggalkan DAP dan PKR sebelum terlambat.

4 comments:

Cheguman said...

setuju. Perubahan tersebut akan mengelirukan semua pihak, malah tiada siapa yg untung. Bahkan boleh membahayakan akidah ummat Islam sendiri.

Demang nak bertanding sbg Mursyidul Am Pas, boleh?

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz, yg peliknya mengapa Khalid Samad, Nik Aziz dan Nuar Juburi tak sokong pun dengan cadangan Hadi Awang ? bukan kah mereka ini yg beriya-iya benar nak kalimah Allah boleh digunakan oleh semua agama.....

Nik Aziz ni sudah tiba masanya gantung terompah....

Anonymous said...

Tok celaru buat statement semalam...dah tak larat nak berulang dari KB ke KL. Molek lantik pengganti. Lepas tu korner baring plak. Kalo ado pencalune ambo terimo....tak faham gua

Jeepers Creepers said...

Demang : Boleh jadi calon tapi kenalah isi borang pas dulu hehe

Yang Gambi : Biasalah mereka ni hanya bersuara apabila ada kepentingan peribadi saja. Lagipun mereka ni dah tak sebulu dengan haji Hadi.

Anon : Nik Aziz memang suka cakap berdolak dalik. Kadang kadang perumpamaan yang digunapun kalah Karam Singh Walia hehee