Geng Bas Sekolah

March 7, 2010

Cadangan Karpal Ada Benarnya

PULAU PINANG, 7 Mac (Bernama) -- Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar empat anggota Parlimen yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 15 Mac ini.

"Saya mencabar mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat kelak bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang anggota Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan ahli Parlimen akan gugur secara automatik.

"Jika mereka mengatakan pemilihan mereka berdasarkan pilihan rakyat, saya cabar mereka meletak jawatan dan satu pilihan raya (kecil) diadakan untuk membuktikan kemenangan mereka memang dipilih oleh rakyat dan mereka harus ingat, jangan bermegah kerana mereka menang pun atas tiket PKR," katanya.
Secara jujur, memang aku setuju 100% jika mereka mengosongkan kerusi mereka. Mereka bertanding dan menang diatas tiket PKR. Kemudian melompat parti masuk UMNO atau bebas. Memang tak boleh lah. Rakyat time tu sokong PKR. Bukannya UMNO atau bebas.



Sudah tiba masanya sebuah akta digubal. Siapa yang melompat parti walau apa tujuan, secara automatik kerusi mereka akan dikosongkan. Dengan cara ini, tiada lagi tuduhan mengatakan orang yang melompat parti itu dibeli.

Memang cara ini nampak kasar tetapi ada kebaikannya. Kalau mereka rasa tak berpuas hati dengan parti sendiri atau pemimpin sendiri, itu masalah sendiri. Jangan libatkan rakyat. Ini tak pasal pasal kawasan itu secara automatik dibawah parti lain. Lain yang rakyat pangkah, lain yang dapat. Sia sialah pilihanraya kalau macam tu.

Aku tidak menyokong sesiapa melompat parti walau apa jua alasannya. Kalau tak berpuas hati, sila berhenti dan kosongkan kerusi dan adakan pilihanraya semula. Biar rakyat yang mengadilinya.

4 comments:

LJ Nurhadi Zainol said...

setuju dengan post ini.

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz, mungkin juga sebelum YB-YB ini keluar atau melompat mereka sudah berbincang dengan wakil-wakil pengundi2 setempat.....

Unknown said...

Berita Gempar...
Sepandai-pandai kalentong...akhirnya anak Toyo ditangkap....baca seterusnya disini

Jeepers Creepers said...

mungkin ada berjumpa tetapi adakah wakil rakyat setempat itu benar benar mewakili keseluruhan pengundi di situ?

hati manusia ini susah kita nak duga. ada baiknya kosongkan kerusi dan adakan semula pilihanraya. itu cara yang terbaik.